HUKUM & KEPENTINGAN FARAID


Oleh : Zailina Mahmud

PENGERTIAN FARAID

Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan.

Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak (seperti anak, isteri, suami, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris samada berbentuk agama (seperti zakat, nazar, dll) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.

HUKUM BERKENAAN FARAID

Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah. Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana ALLAH sebagai pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu.

Di dalam surah An-Nisa’ ayat 11-13 telah menerangkan tentang kaedah pembahagian Faraid dengan jelas, manakala dalam surah yang sama ayat yang ke-14 Allah telah mengecam manusia yang beriman sekiranya ingkar dengan perintah ALLAH ini.

Maksud surah An-Nisa’ (ayat 14):

“Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentutan-ketentua n-Nya, nescaya ALLAH akan memasukkannya kedalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan” .

Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya umat Islam itu ingkar dengan ketentuan ALLAH, maka ALLAH akan melemparkannya ke dalam api neraka selama-lamanya. Ini menunjukkan bahawa suatu ancaman yang amat berat bagi mereka yang mengabaikan pelaksanaan hukum Faraid dalam pembahagian harta pusaka.

Peringatan:

Sekiranya pembahagian Faraid diabaikan, dikhuatiri akan berlaku:

* Memakan harta anak yatim

* Memakan harta saudara-mara

* Memakan harta Baitulmal

TUNTUTAN BELAJAR ILMU FARAID

Sabda Rasulullah saw:

Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ianya adalah separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku.

- Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah

Sabda Rasulullah saw:

Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka.

- Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud

PERLAKSANAANNYA MASAKINI

Walaupun hukumnya adalah jelas WAJIB, namun realitinya, sebanyak sejuta kes tanah pusaka di Malaysia (laporan Pejabat Tanah) dianggar bernilai RM38 bilion masih tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan dan 90% daripadanya adalah milik orang Melayu (yang rata-ratanya beragama Islam). Begitu juga mengikut laporan KWSP, lebih daripada RM70 juta wang KWSP tidak dituntut oleh waris. Ini bermakna begitu banyak sekali harta-harta umat Islam yang terbeku dan mereka yang berhak dan layak tidak mendapat bahagian mereka. Ini juga bermakna sistem faraid tidak berjalan dengan baik pada ketika ini. Timbul persoalan dari segi hukumnya, siapakah yang akan menanggung dosa-dosa ini?

Di samping itu begitu banyak kes berlakunya pertelingkahan dan perselisihan di kalangan umat Islam kerana merebut harta pusaka sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah di atas. Lebih malang dan amat menyedihkan ada yang menyebut bahawa ALLAH tidak adil dalam menentukan bahagian faraid.

dicatat oleh drs. khalil idham lim di 9:14 am

quoted from http://idhamlim.blogspot.com/2009/07/hukum-kepentingan-faraid.html

About these ads

14 responses to “HUKUM & KEPENTINGAN FARAID

  1. salam..bagaimana saya nak dapatkan contoh bagi jalan perkiraan harta yang ditinggalkan oleh si mati berpandukan nilai harta yang ditinggalkan dan mendapatkan jumlah bagi setiap ahli yang layak mewarisi harta si mati.

    • Waaalaikumsalam,

      Sebelum pembahagian pusaka boleh dibuat, kewajipan-kewajipan berikut perlu dijelaskan;
      1. Kos penyelenggaraan jenazah
      2. Pembayaran hutang-dengan manusia ataupun Allah
      3. Penyempurnaan wasiat-maksima 1/3, contoh derma untuk pembinaan masjid, pemberian kepada anak angkat.

      Setelah dijelaskan kesemua di atas, barulah baki harta tersebut dibahagikan mengikut hukum faraid.
      Pengiraan pembahagian mengikut hukum faraid boleh dibuat secara ‘online’ di laman web berikut;
      http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html

      Semoga membantu saudari.

  2. suhaila binti hj sudin

    Salam, ibubapa saya ada meninggalkan seorang anak angkat. Masalahnya sekarang mengenai pembahagian harta pusaka atok saya iatu (bapa kepada ibu saya) pakcik2sebelah ibu saya berkeras mahukan nama adik saya(anak angkat)termasuk didalam pembahagian harta pusaka tersebut. Menurut mereka dia berhak juga mendpt harta tersebut tapi pakngah saya juga mempunya 3 org.nak angkat dan anak anak angkat tersebut tidak pula dinamakan sebagai penerima harta tersebut.Sy benar2keliru dan takut sekiranya bersetuju akan melanggar hukum.

  3. muhammad rozi b suhaimy

    isteri adalah anak tunggal kepada simati(ibu) si ibu ada mempunyai simpanan ASB melebihi 5000 saudara ssebapa layak atau tidak menerima dan berapa pembahagian jikalau si anak mempunyai anak(cucu)?

  4. salam..nak tanya..macam mana nak faraidkan harta kepada seorang isteri..dua orang anak lelaki dan lapan orang anak perempuan?
    Minta penjelasan sekali…

  5. Nilai harta tujuh belas ribu hasil jualan tanah…Mohon penjelasan bagaimana pembahagian harta ini?

  6. Assalamualaikum saudara…Saya nak tanya bagaimana pembahagian harta faraid untk seorg isteri,dua orang anak lelaki dan lapan orang anak perempuan?Nilai harta tersebut sebanyak tujuh belas ribu ringgit.Mohon penjelasan.

  7. Assalamualaikum.
    Wang pampasan takaful adakah turut dikira sbg pusaka yg perlu difaraid?

  8. APA NI…BAYAK SOALAN NAK KENA TANYA ORANG LAIN…KALAU MCM TU TAK PAYAH LAH NAK SIBUK2 KT SINI..

    • Kena tanya yang lebih pakar. Saya cuma boleh nasihat lebih baik buat wasiat berbanding tiada wasiat.

      Kalau hendak tahu tentang takaful, unit trust, pembiayaan peribadi boleh saya jawab terus..

      Terima kasih..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s