Hukum Pelaburan Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)


Salam,

Logo ASB

Logo ASB

Skim pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) telah dilancarkan dengan niat yang baik, untuk mengalakkan kaum bumiputera terutama Melayu Islam untuk terlibat secara aktif dalam bidang pelaburan, memupuk sifat suka menabung yang seterusnya memungkinkan mereka mendapat pulangan yang menguntungkan.

Namun, sejak dari dahulu lagi saya tidak merasakan ianya suatu pelaburan yang halal untuk orang Islam, memandangkan ada wang yang dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat konvensional, termasuk perbankan.

Siapalah saya untuk mengeluarkan hukum, jadi mari kita merujuk kepada pendapat mereka yang pakar dalam bidang muamalat Islam ini.

a) Ustaz Zaharuddin

Merujuk kepada artikel Ustaz Zaharudin di sini, dapatlah disimpulkan yang beliau berpegang kepada pendapat Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia, yang mengatakan kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf patuh syariah oleh mereka.

“Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.”

Bahkan disertakan juga sepucuk memo daripada Ketua Jabatan Islamic Capital Market, Suruhanjaya Sekuriti  yang mengukuhkan pandangan bahawa ASB itu tidak patuh syariah.

Memo Suruhanjaya Sekuriti

Memo Suruhanjaya Sekuriti


b) Encik Shamsuddin Kadir

Saya juga sempat bertanyakan soal ini dalam website Encik Shamsuddin Kadir di sini, beliau juga merujuk kepada Ustaz Zaharuddin, dan menambah bahawa membuat pinjaman bank konvensional untuk pelaburan ASB adalah haram (sudah pasti kan?)

Kesimpulannya, tepuk dada tanya iman, masih ada alternatif pelaburan Islamik yang boleh kita pilih, termasuk pengalaman saya sendiri yang melabur dalam amanah saham Islamik, yang sudah mencecah keuntungan dua angka dalam masa 7 bulan (read more)

Hubungi 019-985 5546 supaya saya boleh berkongsi dengan anda tentang dana apa yang telah saya laburkan wang saya.

Pelaburan Islamik Alternatif Terbaik!

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s