Daily Archives: July 31, 2009

Pelan Takafulink Education (Pendidikan) MAA Takaful

Salam,

MAA Takafulink Education

MAA Takafulink Education

Kos pendidikan anak-anak merupakan perbelanjaan terbesar selain daripada pembelian rumah. Peningkatan kos pendidikan ini perlu ditangani sebaik mungkin dengan memulakan skim tabungan/pelaburan seawal mungkin.

Antara faktor-faktor yang perlu diambilkira;

a. Bilangan anak

b. Universiti tempatan atau luar negara

c. Jenis kursus yang akan diambil

d. Tempoh masa sebelum memasuki universiti

e. Yuran tuisyen semasa dan perbelanjaan-perbelanjaan lain

f. Jangkaan kadar peningkatan kos pendidikan

g. Pendapatan semasa anda dan akan datang.

Continue reading

Himpunan Mansuh ISA 1 Ogos 2009

No to ISA

No to ISA

Salam,

a) Kaedah Penghakiman/Keadilan Dalam Islam

Saya ingin memetik kaedah Penghakiman/Keadilan dalam Islam, yang dimuatkan dalam laman web epondok.wordpress.com (link)

Siapa tidak kenal ISA? Akta Keselamatan Dalam Negeri (yang lebih dikenali sebagai ISA iaitu akronim nama Bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuat kuasa di Malaysia sejak 1960 lagi. Akta yang telah benar-benar digunakan kerajaan untuk menyelamatkan hegemoni politik mereka ini membolehkan sesiapa sahaja ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang disyaki atau dipercayai mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Dan Menteri boleh menyambung dan terus menyambung tempoh tahanan ‘ikut suka beliau’ selama tempoh yang tiada hadnya, selama beliau masih berkuasa atau masih bernyawa. Continue reading