Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka


Salam Ramadhan,

Sunat Berbuka Puasa Dengan Buah Tamar

Sunat Berbuka Puasa Dengan Buah Tamar

Dah standby buah tamar? Sunat berbuka puasa dengan buah tamar/benda yang manis. Tentu sekarang sudah ada dijual di kedai-kedai/pasaraya berdekatan.

Sabda Nabi s.a.w (maksudnya);

” Apabila berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah tamar. Jika tiada buah tamar, maka berbukalah dengan air kerana ia bersih.”

(Riwayat Bukhari)

NIAT PUASA RAMADHAN

Namun, kena puasa dulu baru boleh berbuka. Niat untuk berpuasa adalah wajib hukumnya. Ia adalah rukun pertama puasa. Rukun kedua-menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Niat Puasa Ramadhan

Niat Puasa Ramadhan

Sabda Nabi s.a.w (maksudnya);

” Sesiapa yang tidak berazam puasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya.”

(Riwayat Ahmad)

Nak dengar lafaz niat puasa? Boleh ikut adik ini membaca niat puasa;

NIAT PUASA SEBULAN RAMADHAN

Ada pendapat yang mengatakan boleh kita berniat terus sebulan Ramadhan, seperti berikut;

Berniat pada tiap-tiap malam ini khusus bagi puasa wajib sahaja, iaitu puasa bulan Ramadhan, nazar, kaffarah, qadha dan fidyah haji. Masa berniat itu mulai terbenam matahari hinggalah sebelum terbit fajar shadiq.

Di samping kita wajib berniat pada tiap-tiap hari, kita juga digalakkan untuk berniat dengan niat satu bulan penuh, itupun hanya di awal bulan Ramadhan sahaja. Tujuannya ialah untuk berjaga-jaga kalau-kalau kita terlupa berniat pada malam-malam berikutnya dengan bertaqlid kepada mazhab Imam Malik. Maka dengan adanya kita berniat sebulan itu akan menampung niat pada hari yang kita lupa itu. Akan tetapi niat tersebut tidak akan dikira niat sebulan jika ia diniatkan setelah berlalu satu Ramadhan. Contohnya orang yang berpuasa itu berniat dengan niat puasa sebulan pada hari kedua puasa, maka niat tersebut tidak sah.

Maka dalam hal ini, perkara penting yang mesti kita ambil perhatian ialah kita wajib berniat puasa pada tiap-tiap malam, dan sebaiknya kita juga berniat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan sebagai langkah berjaga-jaga kalau-kalau ada hari kita terlupa berniat.

Ini bererti niat pada tiap-tiap malam itu tidak boleh kita tinggalkan dengan sengaja kerana sudah berniat puasa sebulan adalah tidak memadai dan tidak sah puasa selain puasa hari pertama Ramadhan jika ia dikerjakan dengan hanya berniat satu bulan sahaja tanpa disertai dengan niat puasa setiap hari.

Lafaz niatnya adalah seperti berikut;

Niat Puasa Sebulan Ramadhan

Niat Puasa Sebulan Ramadhan

“Sahaja aku puasa bulan Ramadan seluruhnya pada tahun ini kerana  Allah Taala”. (sumber)

DOA BERBUKA PUASA

Setelah seharian berpuasa dengan penuh taat, saat berbuka adalah amat ditunggu-tunggu.  Sunat untuk segera berbuka setelah masuk waktu Maghrib, dengan didahului doa berbuka iaitu;

Doa Berbuka Puasa

Doa Berbuka Puasa

“Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa; dan dengan Engkau aku beriman; dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; dengan rahmat-Mu – wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang”

Selamat berpuasa.

Kelebihan Menyegerakan Berbuka Puasa
Hadith :
Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan”.

(al-Bukhari dan Muslim)

About these ads

One response to “Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka

  1. Pingback: Jadual Puasa 2011 – Kuantan, Pekan, Rompin & Muadzam Shah | Takaful-Smart-Medic-100-Guide

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s