Professor Datuk Dr Ismail Salleh – Motivasi Hebat Tinggalan Arwah


Salam Ramadhan,

Allahyarham Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh

Allahyarham Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh

Tanggal 27 Ogos 2009 menyaksikan pemergian seorang hamba Allah yang berjaya dalam hidupnya, walaupun tanpa nikmat mata yang boleh melihat sejak berumur 13 tahun. Al fatihah. Moga Allah menjadikan beliau hamba yang diredhaiNYA dan ditempatkan ruh beliau dikalangan orang-orang beriman.

Kisah perjalanan hidup beliau lebih jelas kepada saya setelah dikejutkan dengan berita kematian!

Ya, dari dulu lagi saya mengikuti perkembangan hidup beliau yang amat saya kagumi. Bagaimana seorang yang buta boleh mencapai kejayaan yang ramai yang ada penglihatan pun tidak mampu mencapainya.

KUTIPAN MUTIARA MOTIVASI

Motivasi hebat yang dapat saya kutip daripada perjalanan kisah hidup beliau;

  • Kecacatan penglihatan tidak menjadi halangan untuk berjaya, ketinggian kemahuan untuk mencapai matlamat mengatasi segala rintangan, macam Prof. Stephen Hawking.
  • Mempunyai ahli keluarga yang perihatin tentang pendidikan. Ayah beliau sanggup menghantar beliau belajar ke sekolah rendah orang buta di Johor.
  • Mempunyai abang yang amat penyayang, Zakaria Salleh yang menjadi ‘mata’ beliau sekaligus merangkap pembantu peribadi sejak kecil hingga ke alam universiti-kasih sayang yang murni.
  • Amat cemerlang dalam pelajaran, sehingga menjadi orang buta pertama di dunia mencapai PhD, diiktiraf oleh Guinness Book of Records
  • Dilantik sebagai Senator pertama daripada orang buta pada Disember 2007
  • Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings
  • Perihatin dengan nasib dan pembelaan orang buta, dilantik sebagai Presiden Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia pada 2007.

RIWAYAT HIDUP RINGKAS

(Source: SOO EWE JIN, The Star Online)

EVERYONE who knew him called him Prof. An outstanding scholar in economics and a powerful advocate for the disabled, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh up close and personal was a simple, warm and compassionate person.

He had a fantastic memory with facts and figures. More incredibly, he never forgot anyone he came into contact with. Just a simple hello and he would instantly recognise your voice.

Ismail, 62, died on a flight from China to Singapore early yesterday.

Our paths crossed when we were colleagues at ISIS Malaysia. He was head of the Bureau of National Economic and Socio–Economic Policy Studies and rose to the ranks of assistant director-general and deputy director-general.

That was the time when he started making a name for himself in the public domain. He was a much sought after speaker.

At every conference he attended, at home or abroad, no one saw Ismail as an academic who was visually impaired. His work was all that mattered.

His sound arguments and deep knowledge of the issues made him stand out.

What many did not see was the extra work he had to put in to put his work together.

Work from traditional sources had to be converted into Braille for him first to use as reference and when he completed his own work, that had to be also converted for him to check.

It was a tedious process but he was always very happy and grateful to those who helped him along the way. His brother, Zakaria, was his constant support.

When Ismail attended conferences or meetings, he would need to listen to the proceedings carefully.

All the PowerPoint presentations or written text were of no use to him but by carefully listening, he was able to take active part in all the discussions.

As an advocate for the disabled in general, and the blind in particular, Ismail was a regular participant at the pre-Budget dialogues where he would passionately raise issues of concern to the disabled.

When he was appointed the first blind senator in December 2007, the disabled community rejoiced.

He told my colleague who interviewed him that he was surprised but not too surprised.

“The talk of having a senator to represent the disabled had been circulating for many years now. In fact, I have been one of its strong advocates,” he said.

I called him then to congratulate him and told him how timely that the Persons with Disabilities Bill had just been passed by the Dewan Rakyat and was heading towards the upper House where he would be present.

“They will have to let me speak the most when the Bill is tabled,” he laughed.

As a colleague, I found it a challenge yet a great joy to work with him.

He was always of good cheer and patiently waited for articles to be converted into Braille so he could check on corrections and the like.

Whenever we completed his books or publications and handed them to him, he would be very happy even though no Braille edition was published.

He knew what was in the books by heart and was proud that his disability was never an issue in their publication.

As a social commentator, Ismail was always up to date on current affairs and could be counted on to give his comments immediately.

His input at pre- and post-Budget discussions with the media, includingThe Star, revealed a clear understanding of the socio-economic issues of the day.

He was born in Kampung Gua in Pasir Mas, Kelantan, in 1947 with a low vision condition and became totally blind when he was 13.

But his condition was never an impediment to what he set his mind on.

At every stage of his education, from primary to tertiary, new windows of opportunities were opened up, and he always found people willing to go the extra mile to help.

Initially, he could not even go to school as there were no schools for the blind in Kelantan. Only two states had such facilities then – Penang and Johor. His father enrolled him as a Standard One pupil at the Princess Elizabeth School for the blind in Johor Baru. It was practically like going “overseas” for the young Ismail.

He was able to return to Kelantan for his secondary education where the Government allowed blind students to be part of the normal school system. At that time, he was one of two blind students placed in a secondary boarding school in Kota Baru.

Ismail did his Form 6 at St John’s Institution in Kuala Lumpur and was awarded a Mara scholarship to study in the US. He would always give credit to Wahab Alwi, a member of the panel, for fighting his cause.

Wahab had once studied under a blind professor in Australia and he was confident Ismail would do well. He fought to convince the others that Ismail would be a worthy candidate for sponsorship.

Ismail did not disappoint. He graduated with a Bachelor of Science from the State University of New York in 1973, and received his Master of Science (Economics) from the University of Illinois in 1974, before obtaining his PhD from the same university in 1977.

When he was younger, he had wanted to follow in the footsteps of his idols, the first two Prime Ministers, and studied law. But he had a flair for mathematics and economics became his chosen field instead.

He served on the Malaysian Association of the Blind and on various committees and working groups at the local and international levels. He was the International University College of Technology Twintech vice-chancellor, National Association of Bumiputra Private Colleges president and National Economic Consultative Council chief rapporteur.

He was also a member of the National Implementation Task Force in the Prime Minister’s Department, and the East Asia International Council for the Education of the People With Visual Impairment chairman.

Ismail also received the Tokoh Maulidur Rasul award last year.

He will be deeply missed. Farewell, Prof.

(Source: ISMAIL HASHIM, HarakahDaily)

SAYA mula ‘kenal’ sosok tokoh ini sewaktu di bangku sekolah menengah. Setiap kali dia muncul di televisyen saya seolah ternanti-nanti dia mengutarakan ayat: “Pada pandangan saya…” dan selesai dia menyatakan demikian, saya akan tersenyum-simpul.

Dalam hati, saya ketawa. Suara kecil saya menyatakan “he he he… macamlah dia boleh nampak.”

Sesungguhnya tiada sedikit pun niat untuk memperkecilkan beliau. Sebaliknya sekadar menjadikan ayat yang diucapkannya itu bahan lelucon untuk diri sendiri.

Semakin hari usia saya semakin meningkat. Pensyarah buta dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bernama Profesor Datuk Dr Ismail Md Salleh yang sering muncul di kaca TV itu juga saya lihat semakin terkenal.

Malah saya semakin kagum kepadanya setelah mendengar satu temu bual di TV yang menceritakan kisah hidup beliau.

Ismail Salleh mula hilang deria penglihatan sepenuhnya ketika berusia 13 tahun. Namun, kecacatan itu bukan pematah semangat dan menjadikannya lemah.

Sebaliknya ‘kegelapan’ dijadikannya tiket untuk mengatur langkah berada di puncak menara gading dan seterusnya mencipta nama di persada dunia.

Ismail, 61, beruntung, kerana mempunyai abang, Zakaria Salleh yang bertindak sebagai ‘mata’, penjaga, pembantu peribadi dan pemandu kepadanya sejak kecil.

Saya pernah membaca dan mendengar di media massa tentang ‘perjuangan’ Zakaria, yang menjadi ‘tukang baca’, ‘tukang tulis’ dan segala ‘tukang’ kepada Ismail sepanjang insan kurang upaya ini menuntut ilmu dari peringkat sekolah hingga ke universiti.

Saya juga meluahkan (tetapi sekadar di dalam hati), sepatutnya Zakari turut diberi ijazah atau apa saja kelulusan yang dimiliki adiknya, kerana dialah ‘sumber ilmu’ kepada Profesor Datuk Dr Ismail Salleh.

Kembali kepada ikon istimewa itu.

Ismail dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 September 1947. Sebagai seorang anak yang dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan, keazaman dan kecekalan beliau untuk berjaya menjadi aspirasi ramai anggota masyarakat, terutama golongan kurang upaya.

Beliau antara orang yang layak disifatkan sebagai ‘Towering Malays’.

Mendapatkan Sarjana Muda Ekonomi dan Sains Politik dari Universiti New York pada 1973 sebelum menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan doktor falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi di Universiti Illinois, Amerika Syarikat pada 1974 dan 1977.

Guiness Book of Record mencatatkan beliau sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah.

Dr Ismail sering memberikan pendapat mengenai ekonomi dan kedudukan sosioekonomi dan politik orang Melayu, terutama pendidikan dan program pembangunan kemiskinan dalam pelbagai forum, termasuk siaran televisyen.

Memulakan kerjaya pertama sebagai pensyarah ekonomi di Jabatan Penganalisis Ekonomi dan Dasar Awam di Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejurus menamatkan pengajian.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Jabatan pada 1981.

Pernah memegang pelbagai jawatan dalam bidang akademik termasuklah sebagai Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech (IUCTT) dan Presiden Persatuan Kebangsaan Kolej Swasta Bumiputera.

Dalam bidang ekonomi, beliau diamanahkan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), Timbalan Pengarah Eksekutif Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Ekonomi, Pusat Perniagaan Malaysia serta Ahli Majlis Perunding Ekonomi Negara II (MAPEN II) – Jawatankuasa Kerja bagi Penyusunan Semula Masyarakat.

Pada 2001, dianugerahkan doktor kesusasteraan Universiti Antarabangsa Irish oleh Kesatuan Eropah bagi mengiktiraf sumbangan beliau kepada negara ini dan juga komuniti antarabangsa.

Allahyarham aktif membantu golongan senasib dengannya. Dilantik sebagai Presiden Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) pada 2007 dan pernah memegang jawatan Pengerusi, Majlis Antarabangsa Asia Tenggara bagi Pendidikan Untuk Orang Cacat Penglihatan pada 1999.

Juga pernah diberi penghormatan sebagai Ketua Kontinjen negara semasa Sukan Timur Jauh dan Pasifik Selatan untuk Orang Kurang Upaya (Fespic) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 2006.

Bapa kepada enam cahaya mata itu pernah berkata tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech tidak menghalangnya untuk terus memperjuangkan peningkatan akses terhadap infrastruktur OKU yang pada pendapatnya masih jauh ketinggalan berbanding negara lain di dunia.

Pada 18 Disember 2007, Dr Ismail terus melakar sejarah apabila dilantik sebagai Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) pertama.

Apa pun, setiap yang hidup memang sudah dijanjikan dengan sebuah kematian.

Pada 27 Ogos baru lalu pakar ekonomi itu meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura.

Ismail ke China kerana menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan universitinya, International University College of Technology Twintech.

Isteri Allahyarham, Datin Hasnah Wahab yang turut berada dalam penerbangan itu menemani suaminya mendapati Dr Ismail yang sedang tidur di kerusi sebelahnya tiba-tiba terlintuk kepalanya ke atas bahunya.

“Saya dapati suami saya sudah tidak bernyawa dan bila saya pegang, tangannya sudah sejuk,” kata Hasnah.

Menurut cerita Hasnah, suaminya meninggal dunia dalam kapal terbang kira-kira 2.30 pagi iaitu kira-kira sejam suku sebelum pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi.

Setelah siap semua urusan berkaitan, jenazah Ismail kemudian disembahyangkan oleh Imam Hasan Al-Attas bersama pegawai kedutaan dan jemaah masjid di Pulau Singa itu.

Jenazah kemudian diterbangkan dari Lapangan Terbang Senai, Johor untuk diterbangkan oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia ke Lapangan Terbang Subang, dibawa ke Kajang, Selangor dan dikebumikan di situ pada jam 10.30 malam.

Saya turut disapa pilu mendengar berita kematian itu. Masakan tidak, selepas ini tiada lagi intelek buta yang bernama Dr Ismail Salleh ‘menghiburkan’ hati saya dan rakyat Malaysia amnya. Al-Fatihah.

About these ads

3 responses to “Professor Datuk Dr Ismail Salleh – Motivasi Hebat Tinggalan Arwah

  1. Ass. Wr. Wb. Terima Kasih, kami bangga dapat mengunjungi situs Anda dengan artikel-artikel yang berkualitas dan sungguh bermaslahat bagi Ummat, Insya Allah! Kami dari Tim Mubaligh.com mohon dukungan Untuk KONTES SEO STOP DREAMING START ACTION dengan misi untuk memberi masukan yang membangun bahwa konsep Dreaming masih begitu penting dalam Islam selain konsep Action yang demikian penting..Terima Kasih.
    a.n. Pengelola,

    Drs. Dewan, S.H.

    • Waalaikumsalam,

      Terima kasih atas ziarah. InsyaAllah akan terus cuba berkongsi info yang berguna setakat yang termampu, sebagai amal jariah insyaAllah.
      Moga usaha dakwah tuan di Indonesia akan diberkati Allah SWT. Amin

  2. good Blog…………..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s