Kelebihan Beramal Pada Malam Lailatul Qadar


Salam Ramadhan,

Beramal di Malam Lailatul Qadar

Beramal di Malam Lailatul Qadar

Pejam celik, sudah 19 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Tidak lama lagi kita akan memasuki sepuluh malam terakhir, yang  mengandungi malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, sebagaimana termaktub dalam Surah Al-Qadar;

Surah Al Qadar

Surah Al Qadar

Ertinya:

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.

2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.

4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.

5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

(BACALAH AL-QURAN & FAHAMI MAKNANYA DENGAN TAFSIR QURAN PERKATA – KLIK DI SINI)

   
   
          
               
        

 

   
      
& ‘ ‘ ‘      ( )     )    !      
    
       
       


HADIS MALAM LAILATUL QADAR

a) Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”

(al-Bukhari)

Huraian
1. Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T.
2. Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut
3. Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.
4. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.

b) Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: “Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.”

(Muslim)

Huraian
1. Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turun padanya Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat yang lain ke bumi dengan perintah Allah.
2. Setiap ibadat yang dilakukan bertepatan pada malam lailatul qadar dengan penuh ikhlas, insyaAllah amalannya akan diterima oleh Allah dan diampunkan semua dosanya yang telah lalu.

(sumber: e-Hadith)

AMALAN UTAMA MALAM LAILATUL QADAR

Sesungguhnya kita tidak akan tahu dengan jelas malam apakah sebenarnya malam Lailatul Qadar itu.  Justeru itu hendaklah kita memperbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir terutama malam ganjil.

Amalan-amalan utama;

a) Beriktikaf di masjid

b) Solat fardu Maghrib, Isyak & Subuh di masjid atau surau secara berjemaah

c) Solat Tarawih & Witir

d) Membaca/tadarus Al-Quran

e) Berzikir & berselawat kepada Nabi SAW

f) Solat Tahajud, Taubat, Tasbih, Hajat

g) Banyak berdoa memohon ampun daripada Allah

Doa Memohon Keampunan

Doa Memohon Keampunan

h) Menghadiri majlis ilmu

i) Mengejutkan keluarga bangun beribadah dan menjauhi isteri (untuk beribadah)

RUJUKAN LANJUT

a) Lailatul Qadar Rahmat Allah SWT Kepada Manusia

b) Pedoman Beriktikaf (link)

c) Audio bacaan Surah Al-Qadar dan terjemahan di http://www.imeem.com (link)

d) Panduan Qiamullail (link)

(BACALAH AL-QURAN & FAHAMI MAKNANYA DENGAN TAFSIR QUR’AN PERKATA)

About these ads

2 responses to “Kelebihan Beramal Pada Malam Lailatul Qadar

  1. Pingback: Jadual Puasa 2011 – Kuantan, Pekan, Rompin & Muadzam Shah | Takaful-Smart-Medic-100-Guide

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s