Panduan Mengira Zakat Pendapatan


Salam,

zakatDalam harta kita, terdapat hak orang lain yang perlu ditunaikan kepada mereka. Justeru itu, Islam mewajibkan pembayaran zakat pendapatan ke atas setiap individu muslim yang layak untuk membersihkan harta tersebut.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.” Riwayat Bukhari

Pembayaran zakat ini boleh dibuat kepada pusat pungutan zakat negeri.  Soalnya, bagaimanakah kita boleh mengetahui jumlah pendapatan yang dikenakan zakat, cara pengiraan dan kadar zakat yang dikenakan?

CARA PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN

Saya baru menerima emel berikut, daripada Lembaga Zakat Selangor, tentang bagaimana mengira zakat pendapatan.

Assalamualaikum Afandi,

Semoga Afandi email ini menemui anda dalam kemanisan iman dan
takwa. Adakah anda mengetahui Jenis Zakat yang Wajib ke atas diri anda?

Di dalam Surah al-Baqarah ayat 267, Allah berfirman

“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada
hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami
keluarkan dari bumi untuk kamu.”

Sepertimana yang dijanjikan sebelum ini, pada kali ini pihak LZS memberi
panduan kepada anda bagi mengira zakat pendapatan. Terdapat 2 cara
yang sering digunakan bagi membuat perkiraan zakat pendapatan.

Cara 1
Gaji bulanan x 12 Bulan x 2.5% = zakat pendapatan yang wajip
dibayar.
Sekiranya gaji anda sebulan ialah RM 2,000 maka gaji setahun anda
ialah RM 24,000. Jumlah zakat pendapatan yang perlu anda bayar ialah
2.5% x RM 24,000 iaitu RM 600 di mana purata bayaran zakat bagi satu
bulan ialah RM 50.

Cara 2
Cara kedua ini mengambilkira penolakkan yang dibenarkan seperti diri
sendiri (RM 8,000), isteri (RM 3,000), anak (RM 1,000 untuk seorang),
caruman KWSP, pemberian ibu bapa dan caruman Lembaga Tabung Haji.

Bagi membuat kiraan zakat pendapatan Cara 2, sila layari kalkulator
zakat pendapatan di sini.

Wassalam

Lembaga Zakat Selangor (LZS), Aras 9 & 10, Menara Selatan
Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid
40000 Shah Alam, Selangor

(DAPATKAN 5 PRODUK KEWANGAN ISLAM TERBAIK UNTUK ANDA, SILA KLIK)

Moga bermanfaat, mari kita mengeluarkan zakat, kalau tidak…

Hadis Abu Zar r.a:
Diriwayatkan daripada Al-Ahnaf bin Qais r.a katanya: Pada suatu ketika, aku pergi ke Madinah. Ketika tiba di satu halaqah iaitu lingkungan yang terdapat beberapa orang Quraisy, tiba-tiba datang seorang lelaki yang pakaian kasar, berbadan kasar dan berwajah buruk lalu berhenti berhampiran mereka. Dia berkata: Beritahukanlah kepada orang-orang yang melonggokkan harta kerana tidak mahu membelanjakannya di jalan Allah bahawa batu berbara yang dipanaskan di dalam Neraka Jahanam akan diletakkan pada dada mereka hingga terkeluar tulang dada dari hujung kedua bahunya kemudian diletak pula pada hujung kedua bahunya hingga terkeluar tulang bahu dari dadanya. Batu berbara itu tidak pernah berhenti bergerak. Al-Ahnaf berkata: Orang ramai menundukkan kepala masing-masing. Aku tidak dapati seorang pun di antara mereka yang menyahutinya lalu orang itu berlalu. Aku mengekorinya sehinggalah dia berhenti di tempat satu rombongan. Lalu aku berkata kepadanya: Aku tidak melihat pada mereka kecuali rasa tidak suka terhadap apa yang engkau katakan kepada mereka. Orang itu berkata: Mereka tidak mengetahui atau memikirkan apa pun. Dulu orang yang kucintai, Abu Al-Qasim iaitu Rasulullah s.a.w memanggilku lalu aku pun menyahut panggilan baginda. Baginda s.a.w bertanya kepadaku: Adakah engkau melihat bukit Uhud? Aku melihat ke arah matahari dan aku menyangka baginda akan mengutusku untuk suatu keperluan. Aku pun menjawab: Aku melihatnya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Aku tidak akan merasa tenang sekalipun aku mempunyai emas sebesarnya yang dapat aku belanjakan kesemuanya kecuali tinggal tiga dinar. Kemudian orang-orang itu mengumpulkan harta dunia dan mereka itu tidak mengetahui atau memikirkan apa pun. Al-Ahnaf bertanya: Kenapa dengan engkau dan saudara-saudaramu dari Quraisy? Kenapa engkau tidak berjumpa mereka dan memintanya dari mereka? Orang itu berkata: Tidak, demi Tuhanmu! Aku tidak akan meminta keperluan dunia daripada mereka dan juga meminta keputusan daripada mereka mengenai urusan agama sehinggalah aku menemui Allah dan RasulNya.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1656  (sumber: myMasjid)


About these ads

6 responses to “Panduan Mengira Zakat Pendapatan

  1. Assalamualaikum….

    saya nak buat pertanyaan tentang bayaran zakat, macam dengan saya pekerja kilang berpendapatan tak menentu, pengiraan itu termasuk gaji keseluruhan ke atau gaji pokok saja? macam saya sudah berumah tangga, 3 orang anak, macam mana pulak.
    Saya nak minta penjelasan….

    Trima Kasih…

  2. salam.
    tuan rumah, saya ingin bertanya berkenaan dengan kiran zakat, di web http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/zakat-pendapatan
    tu, dekat B1, Lain-lain kos, apa yang dimaksudkan itu? bulanan rumah dengan kereta di istilahkan lain-lain kos ker?

  3. gaji bulanan adakah termasuk dengan elaun2 lain…gaji pokok saya RM2447.00 dan elaun pelbagai RM1600..berapa sya perlu sya keluarkn zakat

  4. Assalamualaikum tuan… saya ingin bertanya sekiranya saya berkerja di terengganu dan tinggal di pahang(berulang-alik hari2).. dimana saya perlu membuat pembayaran? terengganu atau pahang?

    sekian terima kasih,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s