Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah


Salam,

Hari ini merupakan hari terakhir tahun 1430 Hijrah, esok 1 Muharram menandakan masuknya tahun baru 1431 Hijrah bagi kita umat Islam.

Apakah signifikannya tahun baru kepada kita? Kita perlu menghayati peristiwa hijrah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW yang menjadi titik penting ke arah perkembangan Islam yang lebih meluas selepas hijrah tersebut.

Sejarah dan pengajaran peristiwa hijrah boleh dibaca secara lebih lanjut di sini.

SAMBUTAN MAAL HIJRAH

1 Muharram seluruh negara akan bercuti. Namun yang penting adalah untuk kita mengakhiri tahun ini dengan membaca doa akhir tahun sebanyak 3 kali di petang hari sebelum masuk waktu Maghrib agar;

  • diampunkan segala dosa yang lalu
  • diterima segala amalan soleh

Doa Akhir Tahun;

Sesudah itu, kita perlu membaca doa awal tahun selepas waktu Maghrib, memohon agar;

  • terpelihara daripada tipu daya syaitan dan kuncu-kuncunya
  • dapat mengalahkan nafsu amarah yang mengajak kepada kejahatan
  • dipermudahkan untuk melakukan amal-amal kebaikan/soleh.

Doa Awal Tahun;

AZAM BARU

Tahun baru juga titik yang baik untuk kita muhasabah diri, samada dari segi amalan kita, pencapaian kita, hubungan kekeluargaan, adik beradik, dan pelbagai lagi.

Ini peluang baik untuk kita menyenaraikan segala azam atau cita-cita yang ingin kita capai pada tahun baru ini.

  • Brian Tracy pakar motivasi menganjurkan agar kita menulis semua matlamat yang ingin dicapai, buat perancangan untuk mencapainya, dan berusaha setiap hari berdasarkan perancangan tersebut untuk mencapainya.
  • Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamzah dalam bukunya bersama Ahmad Fadzli Yusof, Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah memberikan cara-cara untuk mencapai matlamat seperti berikut;
    • Pastikan kita tahu & jelas matlamat hidup kita-tulis
    • Tahu kriteria yang perlu untuk mencapainya
    • Tahu prestasi semasa dan kekurangan diri yang perlu diperbaiki
    • Rancang strategi untuk memiliki kriteria tersebut
    • Rancang & laksanakan rutin/pelan bertindak, berdasarkan kategori segera, harian, mingguan, bulanan dan berterusan.

Semoga tahun baru hijrah menjanjikan seribu kejayaan untuk kita semua, yang penting kita mesti ada keinginan untuk berubah ke arah yang lebih baik, dan melaksanakan langkah-langkah yang telah dirancang setiap hari!

(Sekiranya anda merancang untuk memulakan pelaburan amanah saham Islamik untuk jangka panjang, samada untuk persaraan, pendidikan anak-anak dan juga ingin mendapatkan perlindungan takaful boleh menghubungi penulis di 019-985 5546)

About these ads

One response to “Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah

  1. […] Cubiex.com ~ Malaysia Affordable Domain and Web Hosting menawarkan pakej web hosting, reseller hosting, vps hosting mampu milik serta premium kepada individu dan syarikat […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s