Nur Muhammad – Album Alunan Selawat & Qasidah


Assalamualaikum,

Baru-baru ini sewaktu berkunjung ke Kuantan Parade, isteri saya telah membeli album Nur Muhammad-Alunan Nasyid dan Qasidah terbitan Inteam Records.

Tidak lama selepas itu kami sekeluarga pulang ke kampung sempena cuti sekolah, dan album tersebut menemani kami sepanjang perjalanan pulang lebih daripada enam jam.

Hampir kesemua lagu nasyid yang bertemakan selawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam begitu mengasyikkan untuk didengari, namun kami agak tidak biasa dengan qasidah.

BINNABIL HUDA – UNIQUE

Antara nasyid yang dimuatkan di dalam album tersebut ialah Binnabil Huda, dendangan Unique.

KELEBIHAN BERSELAWAT

  • Sememangnya terdapat banyak cara bagaimana untuk menunjukkan kasih sayang dan ketaatan kita kepada Baginda, antaranya ialah dengan berselawat ke atas Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
  • Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah Al Ahzab ayat 56 tafsirnya :“Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya”.
  • Berselawat dapat menghilangkan kesusahan dan kegundahan yang dialami oleh seseorang, bahkan doa mudah diterima oleh Allah Subhanahu Wata’ala.
  • Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :“Dari Anas bin Malik ia berkata, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Barangsiapa yang berselawat kepadaku dengan satu selawat maka Allah berselawat kepadanya dengan sepuluh selawat dan dengan selawatnya itu juga Allah memberikan sepuluh kebaikan kepadanya dan menghapuskan sepuluh keburukan”. (Riwayat Al-Imam An-Nasaie)
  • Selain itu bagi orang yang membaca selawat setiap pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali, maka mereka akan mendapat syafaat dari Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di hari akhirat kelak. Manakala bagi orang yang berselawat sebanyak seratus kali, maka Allah Subhanahu Wata’ala akan melapangkan dadanya dan menerangkan hatinya.
  • Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda maksudnya :“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu berkata, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Hinanya seseorang yang ketika disebutkan namaku, dia tidak berselawat kepadaku”. (Riwayat Al-Imam At-Termidzi)
  • Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Ahzab ayat 56 tafsirnya : “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat memberi segala penghormatan dan kebaikan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya”.

Sumber:

1. Inteam Records

2. Youtube

3. Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam

About these ads

One response to “Nur Muhammad – Album Alunan Selawat & Qasidah

  1. ibrahim abubakar

    i can’t understand the language of nur muhammad pls! send to me in english.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s