Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Puasa


Salam,

Tidak lama lagi lambaian Ramadhan akan tiba, bulan terbaik dalam setahun.

Bulan Ramadhan mengandungi fadilat yang banyak untuk umat Islam yang merinduinya, sebagaimana maksud hadis Rasulullah s.a.w;

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.”

Hadis riwayat  Bukhari, Muslim & Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.”

Hadith riwayat oleh Nasai’e, Ibn Majah dan Baihaqi

PERSIAPAN MENGHARUNGI RAMADHAN

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat, bulan ibadah yang pahalanya digandakan oleh Allah s.w.t. Sehubungan itu kita perlu mengetahui dengan jelas cara-cara beribadah yang betul di bulan Ramadhan.

Oleh itu, antara cara yang boleh kita ambil untuk menambahkan ilmu tentang puasa atau Ramadhan ialah dengan memiliki buku terbitan Telaga Biru bertajuk Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya hasil nukilan Dato’ Hj. Ismail Kamus dan En. Mohammad Nidzam Abdul Kadir.

CIRI-CIRI MENARIK BUKU

a. Berbentuk soalan dan jawapan, dalam bentuk santai seakan-akan berdialog. Ada 150 soal jawab kesemuanya.

Contoh:

Soalan 29: Saya “confuse” jimak tu kan tiada kaitan dengan makan minum, ia boleh membatalkan puasa juga ke?

b. Mengandungi 25 bab antaranya Kemulian Ramadhan, Pengertian Puasa,  Rukun Puasa, Solat Sunat Tarawih, Lailatul Qadar, Zakat Fitrah, Sambutan Hari Raya dan Puasa Enam-rujukan lengkap!

c. Disertakan dalil-dalil ayat Al-Quran dan Hadis.

d. Mempunyai ilustrasi bergambar.

e. Mempunyai ruangan glosari dan indeks

f. Tebal, 190 muka surat.

Nah, sekiranya anda masih mencari-cari buku rujukan lengkap untuk mengharungi Ramadhan 1431H ini, saya merasakan buku ini amat tepat untuk dimiliki, semoga ibadah sebulan Ramadhan kita betul-betul mengikut syariat Allah s.w.t, insyaAllah.

Boleh dibeli secara online di sini, tidak perlu bersesak-sesak di jalan raya untuk ke kedai buku, akan dihantar ‘direct’ ke alamat anda.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s