Salam Ramadhan,

Persoalan Pengurusan Harta Selepas Kematian
Alhamdulillah, kita akan memasuki separuh kedua Ramadhan. Moga masih istiqamah dengan puasa, solat fardu, tarawih dan witir secara berjemaah, serta meneruskan tadarus Al-Quran, solat Tahajud, zikir, solat taubat dan sebagainya.
Bermula malam ini solat witir akan mengandungi bacaan doa Qunut, moga dimakbulkan Allah doa-doa yang dipinta, dan diterima segala amalan soleh yang telah kita lakukan selama ini.
Hadith : Doa Dalam Qunut witir Diriwayatkan dari Hasan bin Ali r.a. ia berkata: Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan kepadaku beberapa doa yang aku baca dalam qunut witir: Ertinya: Ya Allah! berilah aku pertunjuk beserta orang-orang yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesihatan yang sempurna beserta orang yang telah engkau beri kesihatan yang sempurna, pimpinlah aku beserta orang yang telah Engkau pimpin, berkatilah untukku apa yang telah Eangkau berikan, peliharalah aku dari apa yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan atas Engkau, bahawa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan tidak akan mulia siapa saja yang engkau musuhi (benci). Maha Agung Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau.” (Ahmad Abu Daud, Annasa’i At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Continue reading →