Category Archives: Hukum Insurans & Takaful

Sebutharga Takaful Khairat Kematian oleh Takaful Malaysia

Salam,

Takaful itu prinsipnya saling bantu-membantu. Dengan sumbangan yang sedikit apabila disertai oleh ramai orang, wang sumbangan akan diserahkan kepada peserta yang ditimpa musibah, dengan itu semua pihak boleh manfaat; pahala untuk yang dijauhkan daripada musibah, dan keringanan beban untuk ahli keluarga peserta.

Sekiranya anda ingin membentuk badan khairat kematian, bolehlah merujuk kepada jadual berikut dan menghubungi saya untuk maklumat lanjut.

Jadual Takaful Khairat Kematian

Takaful Malaysia memberikan rebet sehingga 15% setahun daripada bayaran peserta sekiranya tiada apa-apa tuntutan pada tahun tersebut, dan ada lebihan dalam dana terkumpul, menarik bukan?

Hubungi 019.985.5546 atau emel nafandi(a)gmail.com untuk maklumat lanjut.

Sayangkah Kita Kepada Mereka?

Salam,

Anak-anak adalah anugerah Allah swt yang tidak ternilai harganya. Menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan mendidik mereka sebaik mungkin dengan ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi agar mereka menjadi anak-anak yang soleh/solehah.

Continue reading

Bebaskah Kita Daripada Riba?

Salam Ramadhan,

Alhamdulillah kita sudah memasuki hari ke 12 Ramadhan, semoga momentum beribadah, selain puasa yang diwajibkan ke atas kita dapat diteruskan dengan jayanya hingga ke penghujung Ramadhan, insyaAllah.

Puasa kita, tarawih, sedekah, baca Quran, dan pelbagai ibadah lagi kita lakukan dengan niat ikhlas untuk mencari keredhaan Allah. Namun adakah kita peka dengan muamalat kewangan kita? Adakah SEMUANYA berlandaskan Islam dan bebas daripada unsur riba? Tahukah kita bahawa hari ini sudah tiada alasan untuk tidak menggunakan produk kewangan Islamik kerana sudah banyak institusi kewangan Islam yang menawarkannya?

Continue reading

Melantik Wasi (Pemegang Amanah) atau Hibah?

Salam,

Memiliki perlindungan Takaful Keluarga amat penting bagi memastikan kesinambungan peruntukan kewangan keluarga sekiranya ajal seseorang datang pada usia muda.

Setiap pemegang sijil produk MAA Takaful, perlu memilih samada untuk menamakan Wasi (pemegang amanah) atau Hibah.

Wasi akan bertindak sebagai pemegang amanah, yang mana perlu memastikan pembahagian wang perlindungan yang diterima dibuat mengikut hukum faraid atau wasiat si mati.

Manakala Hibah pula bererti kita menghadiahkan wang perlindungan kepada orang yang dinamakan.

Wang tersebut boleh terus diberi kepada penama, bermaksud ia tidak termasuk dalam harta pusaka.

Pemilihan ini (Hibah) penting dibuat sekiranya pemilik sijil sudah pasti ingin memberikan wang perlindungan itu kepada penama yang diisi dalam borang penamaan Hibah.

Ini membolehkan wang tersebut dimanfaatkan secepat mungkin oleh penama (mungkin isteri/suami) berbanding wasi yang akan memakan masa yang lama sekiranya simati tidak membuat wasiat semasa hidupnya.

Hubungi 019-985 5546 untuk memiliki sijil takaful anda sekarang!

Produk MAA Takaful

Salam,

Mendapatkan perlindungan Takaful adalah satu keperluan penting pada zaman ini. Duit bukan segala-galanya, tapi hampir segala-galanya memerlukan duit.

Paling penting sebagai ketua keluarga atau anak sulong contohnya, kita mampu menyara keluarga kita, ibu bapa atau adik-adik dengan gaji atau pendapatan semasa.

Namun apa yang berlaku sekiranya kematian menjemput kita secara tiba-tiba? Siapa yang akan meneruskan sara hidup mereka? Sedangkan kematian adalah suatu yang pasti berlaku ke atas setiap yang bernyawa, namun kita tidak pasti bila kematian akan menjemput kita!

Oleh itu mengambil perlindungan Takaful adalah selaras dengan ajaran Rasulullah saw sebagaimana mafhum hadis baginda yang bermaksud:

“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)

Continue reading

Mualaf Yang Perihatin Dengan Hukum

Salam,

Berikut satu petikan daripada ruangan ‘comment’ untuk artikel dalam website Ustaz Zaharuddin, Perbezaan Insuran Konvensional & Takaful

Posted by Ridwan Rajendran Bin Abdullah, on 22-11-2007 07:15, IP 60.52.100.180, Guest
32. …
Baru baru ini saya telah mengambil keputusan untuk mematikan insuran nyawa (surrender policy) MAA saya yang bernilai $200 000.Ini kerana saya takut akan murka Allah kelak.Insuran ini telah saya beli sebelum saya memeluk agama Islam.Saya telah bayar premium sebanyak lebih kurang $40 000 (RM$4000 setahunX10 tahun).Selepas mematikan insuran ini,MAA akan hanya membayar balik $11 000.Jadi saya telah hilang lebih kurang $29 000.
Saya juga telah mematikan insuran pendidikan anak dari Asia Life dengan hanya mendapat balik wang premium saya $5000.Dan saya akan juga mematikan insuran Great Eastern saya nanti.Saya akui memang akan kerugian banyak (kehilangan duit premium yang saya telah bayar)dan juga ditanya oleh kerani insuran kenapa saya nak matikannya,saya cuma jawab ini soal agam saya iaitu Islam yang mengharamkan Insuran dan saya lebih takut kepada azab yang akan menimpa saya kelak jika saya tidak membatalkannya.
Sekarang hati dan fikiran saya tenang dan berdoa agar Allah s.w.t akan memaafkan kesalahan saya yang lalu.ASB pon telah saya hentikan dulu lagi.Duit yang ada semua nya dalam akaun Mudharabah sahaja.

Continue reading