Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta


Salam,

Berapa ramai di antara kita yang pernah mendapatkan rawatan penghospitalan di hospital kerajaan dan swasta?

Apakah perbezaan ketara di antara kedua-dua hospital tersebut?

a) Rawatan doktor pakar sukar didapati terutama untuk hospital di bandar-bandar kecil. Terpaksa menunggu jadual lawatan sekali-sekala dalam sebulan untuk berjumpa doktor pakar. Hospital swasta doktor pakar tersedia setiap hari.

b) Wad di hospital kerajaan umumnya tiada/kurang bilik berdua ataupun bilik ‘single’. Perlu berada di wad yang terbuka, menyebabkan kurang ‘privacy’. Juga tidak dibenarkan menunggu lebih daripada seorang dalam satu-satu masa. Di hospital swasta, lebih ‘flexible’ untuk penjaga, samada suami, isteri dan anak-anak yang lain boleh menunggu di bilik pada setiap masa.

c) Rawatan lebih pantas, dengan jumlah pesakit yang lebih kecil. Tentu kita pernah terbaca pesakit terpaksa dirujuk dari satu hospital kerajaan ke satu hospital lain disebabkan ketiadaan peralatan sesuai ataupun doktor pakar. Kadang-kadang ini boleh membahayakan nyawa kerana masa yang berlalu meningkatkan lagi risiko terhadap pesakit.

d) Kos lebih tinggi di hospital swasta. Inilah masalah terbesar kenapa majoriti rakyat tidak mendapatkan rawatan di sini. Kini dengan MAA Takaful Smart Medic 100, masalah ini dapat diatasi sepenuhnya kerana anda mampu mendapatkan ‘cashless admission’ ke mana-mana jua hospital pakar panel terdekat. Dengan hanya menunjukkan kad Smart Medic anda, segala bil-bil rawatan 100% akan dibayar oleh pihak MAA Takaful.

Tentunya kita semua amat sayang kepada semua ahli keluarga kita. Mereka berhak mendapatkan rawatan yang terbaik apabila memerlukan. Berada di Kuantan Medical Centre ataupun Kuantan Specialist Hospital tentunya lebih mendatangkan keselesaan dan kepuasan ketika mendapatkan rawatan di wad.

Hubungi saya Afandi di 019-9855546 untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang skim yang mampu dimiliki ini. Ingat, masa terbaik untuk mempunyai kad ialah ketika anda masih sihat! Dari serendah RM32 sebulan sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s