Akaun Besar Akaun Kecil


Salam,

Apakah perbezaan terbesar takaful dan simpanan biasa?

Katakan Ali menyimpan RM50 setiap bulan, bermula umur 20 tahun, dengan harapan 30 tahun lagi dia akan dapat jumlah yang besar. Maka setiap bulan dia tidak pernah gagal menyimpan wang ke dalam akaun simpanan wadiah untuk mencapai hasrat murni beliau.

Abu, pada usia yang sama, menyimpan jumlah yang sama, tetapi beliau telah menetapkan untuk memperolehi RM50,000 apabila matang kelak. Abu yakin akan mencapai jumlah tersebut, walaupun hayatnya mungkin tidak lama? Mampukah beliau berbuat demikian?

Suatu hari, Ali dan Abu bertolak ke Kuala Lumpur dari kampung mereka dengan menaiki bas ekspres. Malang tidak berbau, pemandu bas gagal mengawal bas dengan baik sewaktu melalui selekoh tajam, menyebabkan bas terbabas dan terhumban ke dalam gaung, menyebabkan kedua-duanya meninggal dunia, ketika usia mereka baru 25 tahun!

Keluarga masing-masing menuntut duit mereka, yang mana keluarga Allahyarham Ali mendapat lebih kurang RM2500, manakala keluarga Allahyarham Abu mendapat RM50,000. Satu perbezaan yang besar bukan?

Disinilah takaful berperanan membuka akaun besar untuk anda, sebaik sahaja polisi anda diluluskan. Keluarga Ali mendapat sekadar jumlah yang sempat di simpan daripada usia 20 hingga 25 tahun, sedangkan keluarga Abu mendapat RM50,000, termasuk sebahagian daripada jumlah caruman dalam tempoh tersebut.

Anda sudah mempunyai akaun besar? Tahniah jika anda telah mengambil perlindungan takaful, namun jika anda hanya mempunyai akaun kecil, hubungi saya segera sebelum terlambat untuk mendapatkan polisi akaun besar anda!

Afandi, 019-9855546/nafandi@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s