Monthly Archives: July 2009

Pelan Takafulink Education (Pendidikan) MAA Takaful

Salam,

MAA Takafulink Education

MAA Takafulink Education

Kos pendidikan anak-anak merupakan perbelanjaan terbesar selain daripada pembelian rumah. Peningkatan kos pendidikan ini perlu ditangani sebaik mungkin dengan memulakan skim tabungan/pelaburan seawal mungkin.

Antara faktor-faktor yang perlu diambilkira;

a. Bilangan anak

b. Universiti tempatan atau luar negara

c. Jenis kursus yang akan diambil

d. Tempoh masa sebelum memasuki universiti

e. Yuran tuisyen semasa dan perbelanjaan-perbelanjaan lain

f. Jangkaan kadar peningkatan kos pendidikan

g. Pendapatan semasa anda dan akan datang.

Continue reading

Advertisements

Himpunan Mansuh ISA 1 Ogos 2009

No to ISA

No to ISA

Salam,

a) Kaedah Penghakiman/Keadilan Dalam Islam

Saya ingin memetik kaedah Penghakiman/Keadilan dalam Islam, yang dimuatkan dalam laman web epondok.wordpress.com (link)

Siapa tidak kenal ISA? Akta Keselamatan Dalam Negeri (yang lebih dikenali sebagai ISA iaitu akronim nama Bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuat kuasa di Malaysia sejak 1960 lagi. Akta yang telah benar-benar digunakan kerajaan untuk menyelamatkan hegemoni politik mereka ini membolehkan sesiapa sahaja ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang disyaki atau dipercayai mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Dan Menteri boleh menyambung dan terus menyambung tempoh tahanan ‘ikut suka beliau’ selama tempoh yang tiada hadnya, selama beliau masih berkuasa atau masih bernyawa. Continue reading

Hukum Pelaburan Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Salam,

Logo ASB

Logo ASB

Skim pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) telah dilancarkan dengan niat yang baik, untuk mengalakkan kaum bumiputera terutama Melayu Islam untuk terlibat secara aktif dalam bidang pelaburan, memupuk sifat suka menabung yang seterusnya memungkinkan mereka mendapat pulangan yang menguntungkan.

Namun, sejak dari dahulu lagi saya tidak merasakan ianya suatu pelaburan yang halal untuk orang Islam, memandangkan ada wang yang dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat konvensional, termasuk perbankan.

Siapalah saya untuk mengeluarkan hukum, jadi mari kita merujuk kepada pendapat mereka yang pakar dalam bidang muamalat Islam ini. Continue reading

A(H1N1): Malaysia records 4th death, more schools closed

Salam,

a) Kematian ke-4 di Malaysia

Kematian ke-4 dicatatkan di Malaysia berkaitan dengan penyakit selsema babi atau A(H1N1). Walaupun bilangan kematian masih kecil, langkah berjaga-jaga perlu di ambil untuk menangani masalah ini, terutama berkaitan pencegahan dan mendapatkan rawatan awal sekiranya ada tanda-tanda penyakit ini. Continue reading

Business Opportunity Preview (BOP) for Becoming Unit Trust Agent

Salam,

Unit Trust ConsultantBerita baik untuk yang

  • masih menganggur, sedang mencari-cari pekerjaan/jawatan kosong
  • sudah bekerja tapi ingin menambahkan pendapatan
  • ingin memiliki karier yang fleksibel, bukan 8pg-5ptg rutin harian
  • sedang belajar dan perlu mencari wang tambahan untuk menampung perbelanjaan
  • ingin mencapai ‘financial freedom‘/kebebasan kewangan
  • ingin memiliki agensi perniagaan sendiri dengan modal paling minima
  • pekerjaan berlandaskan syariah Islam Continue reading

An Analysis of My Own Investment into Unit Trust

Salam,

Just to share an analysis for my own EPF investment into unit trust.

a) EPF allows us to withdraw money from Account 1 for investment every 3 months, so I invested RM5,300 on 5th Jan 2009, & RM5,100 on 4th April 2009, i.e. total RM10,400.

b) Unrealised profit as of 27th July 2009 is RM1,546.50, or 14.87% (within 7 months)

c) Optimism in the world market is very good; read Hong Kong Market at 10-month highEurope Roundup: Highest since November 2008.

d) What EPF allows us to do is a good thing, i.e. regular investment at fixed interval, giving us the benefit of Dollar Cost Averaging.


Continue reading

Yasmin Ahmad Meninggal Dunia Diserang Strok

Salam,

Al-Fatihah.

Kematian pengarah iklan terkenal ini mengingatkan saya kepada kematian datuk isteri saya beberapa tahun lepas. Kali pertama beliau mengalami strok, beliau dapat pulih kembali walaupun tidak sepenuhnya. Namun, kali kedua serangan strok ini, beliau terus koma selama seminggu sebelum meninggal dunia.

Sekarang ini nenek isteri saya juga mengalami strok, dan bapa saudara saya. Mereka bernasib baik kerana sesudah mendapat rawatan, menunjukkan kesan positif hingga ke hari ini. Continue reading

Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd Dalam Siasatan Bank Negara Malaysia

Bank Negara raids Asia Ceramic premises
2009/07/23
BANK Negara Malaysia (BNM) has raided Asia Ceramic Sdn Bhd’s premises in Kua Lumpur following
complaints received from members of the public.
The central bank said in a statement today that it was investigating the company under Section 25(1) Banking
and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA) and Section 4 (1) of Anti-Money Laundering and
Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA). Section 25(1) of BAFIA 1989 prohibits any person from
receiving, taking, or accepting deposits without a valid licence while Section 4(1) of AMLATFA 2001
prohibits any person from engaging in, or attempting to engage in, or abetting the commission of
money-laundering activities.
“Relevant assets and documents of the company were seized for the purpose of investigation,” BNM said.
It also reminded the public to be cautious of deposit-taking and investment schemes offered through various
channels such as the internet, phone calls or seminars conducted by individuals or companies not licensed or
approved by the relevant authorities.
The public may refer to the list of licensed institutions authorised to accept deposits which is available on
BNM’s website at http://www.bnm.gov.my.

Friday July 24, 2009

Bank Negara raids Asia Ceramic premises

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) raided the premises of Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd on Wednesday following complaints from the public.

“Assets and documents of the company were seized,” said BNM in a press statement yesterday, adding that Asia Ceramic Marketing was being investigated under Section 24(1) of the Banking and Financial Instituitions Act 1989 and Section 4(1) of the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001.

Although officials of Asia Ceramic Marketing declined to comment, an advisory has been published on its website telling distributors to stop all transactions for the time being. Continue reading

Bidadari – Munif Ahmad

Salam,

Hargailah isteri yang  menjadi teman hidup kita, melahirkan zuriat, menjaga rumahtangga dan pelbagai lagi sumbangan yang melengkapkan kehidupan kita. Moga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat, dan menjadi bidadari di syurga abadi nanti.

Petikan sifat-sifat isteri yang solehah daripada ustazazhar.com

* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri. Continue reading

HUKUM & KEPENTINGAN FARAID

Oleh : Zailina Mahmud

PENGERTIAN FARAID

Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan.

Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak (seperti anak, isteri, suami, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris samada berbentuk agama (seperti zakat, nazar, dll) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.

HUKUM BERKENAAN FARAID

Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah. Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana ALLAH sebagai pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu. Continue reading