Sudah Baca Majalah SOLUSI?


Salam,

Majalah-majalah Islamik terus subur di pasaran sebagai wadah untuk memberi ilmu yang bermanfaat kepada umat Islam dan pencari kebenaran.

Samada untuk ‘niche’ kanak-kanak seperti majalah Asuh, Ana Muslim, Celik ataupun pasaran dewasa seperti Majalah i, Milenia, Al-Islam, Anis dan sebagainya, ia menjadi agen pembaikan yang penting kearah melahirkan umat Islam yang celik ilmu dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Majalah SOLUSI, yang baru beberapa bulan berada di pasaran, merancakkan lagi industri majalah Islamik negara kita, dengan menawarkan tema ‘Panduan Hidup Bersyariat’ meliputi pelbagai bidang terutama motivasi dan fardu ain.
Majalah SOLUSI

Kualiti kandungan, grafik, penulis, kertas adalah amat baik, seterusnya melayakkan ia menjadi sebuah majalah premium, yang sewajarnya dijadikan bahan bacaan penting untuk semua muslim.

Semoga usaha baik penerbit & penulis, akan membantu ke arah melahirkan masyarakat Islam yang bermaklumat dan beramal patuh dengan ajaran Islam yang syumul.

2 responses to “Sudah Baca Majalah SOLUSI?

  1. Malajalah Solusi ini memberi jenama baru atau satu re-branding kepada majalah-majalah Islamik.

    Ia tampil dengan nama dan wajah yang tiada lansung ciri-ciri majalah Islami tradisional yang selalunya menggunakan nama-nama arab dan imej-imej khat dan timur tengah.

    Yang penting, isi!

    • TakafulSmartMedic@Pahang

      Bila visit bookshop, selalu juga pergi ke bahagian buku-buku motivasi. Jadi bila keluar majalah SOLUSI ini, nama contributors itu tidak asing lagi. Nama-nama popular dalam industri motivasi &fardu ain tanahair.
      Memang berbaloi membelinya.
      Congrats & thanks to Afyan as you are the first person who commented on my blog!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s