Himpunan Mansuh ISA 1 Ogos 2009


No to ISA

No to ISA

Salam,

a) Kaedah Penghakiman/Keadilan Dalam Islam

Saya ingin memetik kaedah Penghakiman/Keadilan dalam Islam, yang dimuatkan dalam laman web epondok.wordpress.com (link)

Siapa tidak kenal ISA? Akta Keselamatan Dalam Negeri (yang lebih dikenali sebagai ISA iaitu akronim nama Bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuat kuasa di Malaysia sejak 1960 lagi. Akta yang telah benar-benar digunakan kerajaan untuk menyelamatkan hegemoni politik mereka ini membolehkan sesiapa sahaja ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang disyaki atau dipercayai mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Dan Menteri boleh menyambung dan terus menyambung tempoh tahanan ‘ikut suka beliau’ selama tempoh yang tiada hadnya, selama beliau masih berkuasa atau masih bernyawa.

Secara umumnya akta hasil pemikiran penjajah ini mengenepikan kuasa kehakiman dan bercanggah dengan kebebasan individu yang dijamin oleh Perlembagaan yang diagungkan oleh mereka sendiri. Ringkasnya, individu yang ditahan di bawah ISA (i) tidak memerlukan waran tangkap atau apa-apa arahan dari Mahkamah (ii) tidak perlu dan tidak akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atau dibuktikan kesalahannya (iii) kuasa mutlak untuk ‘menjatuhkan hukuman’ terletak kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri (iv) ‘kuasa mutlak’ untuk menyeksa tahanan terletak pada polis cawangan khas (SB) yang tidak pernah mengenal erti kemanusiaan. Sautun Nahdhah kali ini bukanlah ingin membincangkan fakta-fakta kezaliman ISA dan mereka yang telah ‘menjadi korbannya’ sejak sekian lama, kerana sememangnya risalah kecil ini tidak akan dapat memuat segala penderitaan tersebut. Namun apa yang ingin kami utarakan adalah hukum syarak mengenai akta gubalan tangan manusia ini yang mana para penggubal dan pengamalnya langsung tidak memikirkan hukuman dan azab Allah yang bakal menimpa mereka satu hari nanti dek kezaliman yang mereka lakukan.

i. Perkara pertamaAl-Aslu bara’atu zimmah. Kaedah ini diambil dari hadis Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam iaitu, “(Beban) pembuktian adalah di atas pendakwa, dan sumpah (penafian) adalah di atas yang tertuduh” [HR Baihaqi dan Mutafaq alaih]. Imam Nawawi ketika mensyarah hadis ini mengatakan, “Pembuktian terletak di pihak pendakwa kerana ia menyalahi perkara yang zahir. Ini adalah kerana asasnya seseorang itu adalah ‘bebas dari kesalahan/liabiliti’ (bara’atu zimmah), sedangkan bagi tertuduh (accused/defendant) cukup dengan sumpah sahaja di pihaknya kerana dia meminta mengekalkan status quo, sesuai dengan asalnya iaitu bara’atu zimmah (tidak bersalah)” [Syarah Matan Arba’in, ms 153].

ii. Perkara kedua: Seseorang tidak boleh dijatuhkan hukuman kecuali dengan keputusan Qadhi (Mahkamah). Dalil untuk hal ini dapat dilihat dalam Hadis Nabi, “Maka barang siapa yang telah terambil hartanya olehku, maka inilah hartaku, maka silalah dia mengambilnya dan barang siapa yang telah aku tersalah sebat belakangnya maka inilah belakangku untuk disebatnya, maka hendaklah dia mengambil keputusanku ini” [HR Baihaqi].

iii. Perkara ketiga: Hukuman hanya boleh dikenakan selepas sabit kesalahan. Tidak boleh (haram) melaksanakan hukuman kepada si tertuduh sebelum disabit kesalahannya. Dalilnya adalah berdasarkan hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa SallamSeandainya aku boleh merejam seorang itu tanpa bukti nescaya aku akan merejamnya” [HR Muslim, Ahmad, Baihaqi dan Thabrani].

b) Kezaliman ISA terkini;

i. 27 Mei 2009 – Mat Sah Mohd Satray, tahanan ISA selama 7 tahun, kematian ibu tercinta tanpa berada di sisi ketika sampai ajalnya (read more)

ii. 4 Julai 2008 – Shahrial Sirin, tahanan ISA selama 7 tahun,  tidak dapat berjumpa anak sulung yang sakit tenat, sehinggalah sampai ajal baru dibenarkan pulang (read more)

c) Kesimpulan

i. Akta ISA bertentangan dengan Islam, wajib ditentang, tidak boleh bersekongkol.

ii. Penyokong atau reda dengan akta zalim akan disambar api neraka. Petikan artikel daripada laman NikNasri.com (link);

Allah berfirman, bermaksud: “Jangan kamu cenderung kepada orang zalim, nanti kamu disambar api neraka.” Ulama tafsir menyebut: cenderung kepada orang zalim pun sudah disambar api neraka, bagaimana dengan mereka yang zalim?

Dalam Hadis Qudsi, Allah berfirman: ‘Sesungguhnya Aku telah mengharamkan penganiayaan itu ke atas diriKu, dan Aku pun menjadikannya haram di antara sesama kamu, maka janganlah hendaknya kamu saling menzalimi..’  (Kuliah tentang kezaliman)

Zalim banyak kategori. Paling zalim ialah syirik-menyekutukan Allah. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya syirik itu kezaliman paling besar”.

Menahan makhluk Allah tanpa memberikannya hak untuk hidup sehingga matipun akan menyebabkan orang yang melakukannya dimasukkan ke dalam api neraka, walaupun hanya seekor kucing. Dalam satu hadis, Nabi bersabda bermaksud: ‘Seorang wanita masuk ke dalam api neraka dengan sebab seekor kucing yang ditahan, tidak diberikan makan, minum sehingga mati. Kalau dia lepaskan kucing itu tentulah binatang itu boleh mencari makan sendirian.’

Kalau menahan kucing tanpa sebab pun sehingga mati boleh menyebabkan dihumban ke dalam api neraka, bagaimana dengan menahan orang yang lebih dihormati darah, maruah dan harga dirinya tanpa dihadapkan ke mahkamah terbuka dengan bukti jenayahnya?

Prinsip undang-undang Islam jelas: ‘Bukti keterangan dikenakan ke atas orang yang menuduh atau mendakwa sesuatu dan sumpah ke atas orang yang mengingkarinya’

ISA sebenarnya sudah cukup jelas. Akta drakonian yang zalim, diperalatkan pula oleh orang yang zalim, untuk mengekalkan kezalimannya.

iii. Jom sertai protes mansuh ISA ini (baca panduan lengkap DI SINI)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s