Monthly Archives: August 2009

Tafsir Al-Quran Surah Al-Imran Ayat 139-148

Salam Ramadhan,

Alhamdulillah, malam tadi selepas solat Tarawih dan Witir, Ustaz Karim memberi sedikit tafsir ringkas tentang maksud Surah Al-Imran ayat 139-148. Boleh baca ayat-ayat tersebut di sini (link)

Continue reading

Kartika & Hukuman Sebat, Islamik atau Tidak?

Salam Ramadhan,

Kartika Sari Dewi Shukarno

Kartika Sari Dewi Shukarno

Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan kesedaran kepada Kartika Sari Dewi Shukarno, model sambilan yang ditangkap minum arak sehingga beliau meminta diteruskan hukuman sebat ke atasnya. Sudah tentu beliau mahu Allah mengampuni dosa tersebut, dan mungkin juga beliau mengharapkan hukuman tersebut dapat memberi kesan mendalam kepada dirinya untuk terus meninggalkan arak dan kehidupan sosial untuk selama-lamanya.

Continue reading

A Practising Muslim Footballer

Thursday August 27, 2009

Muslim leader blasts Mourinho over comment on Ramadan

Jose Mourinho

Jose Mourinho

ROME: A Muslim leader in Italy on Tuesday criticised Inter Milan coach Jose Mourinho (pic) for comments the Portuguese made about Ramadan at the weekend.

Muslims around the world are fasting during the Islamic holy month of Ramadan, during which faithful followers abstain from eating or drinking during daylight hours.

Continue reading

US pessimism about the economy appears to be lifting

Excerpt from TheStarOnline dated 26/8/09

Published: Wednesday August 26, 2009 MYT 7:28:00 AM

WASHINGTON: Americans’ pessimism about the economy appears to be lifting, with consumer expectations for the next six months hitting their most positive point since the recession began.

The improvement stems partly from the housing market, as a national gauge of home prices on Tuesday posted its first quarterly increase in three years.

The consumer and housing reports, along with President Barack Obama’s reappointment of Ben Bernanke as Federal Reserve chief, sent the financial markets modestly higher.

Continue reading

Forum Wasiat di BicaraJutawan.Com

Salam Ramadhan,

Tanpa Wasiat Harta Tergantung

Tanpa Wasiat Harta Tergantung

Semakin mencari ilmu tentang perancangan harta dan pengurusan harta pusaka ini, makin jelas ianya adalah satu perkara yang amat penting untuk dimiliki oleh setiap orang Islam.

Mungkin kita berpendapat, sudah cukup sekadar beribadah sebanyak mungkin sebagai bekalan akhirat, namun, dengan meninggalkan wasiat, kita dapat mengelakkan pewaris kita bertelagah tentang harta pusaka, mengambil hak yang bukan miliknya, menganggap penama sebagai pemilik mutlak harta, menyusahkan pewaris kerana lambat menerima bahagian masing-masing, terutama isteri yang tidak bekerja dan anak-anak.

Continue reading

Kenapa Perlu Berwasiat

Salam Ramadhan,

RM38billion Pusaka Belum Dituntut

RM38billion Pusaka Belum Dituntut

Dalam mencari lebih info tentang kepentingan wasiat, terjumpa laman web hartapusaka.net, milik Ustaz Md Ghazali Ibrahim. Pertama kali terlihat buku beliau yang lain, tetapi berkaitan wasiat/faraid di pejabat francais Wasiyyah Shoppe Kuantan.

Continue reading

Produk IN-HILAL Daripada Wasiyyah Shoppe

Salam Ramadhan,

Wasiyyah Shoppe

Wasiyyah Shoppe

Alhamdulillah, semalam penulis sudah selesai melanggan produk Pengurusan Harta Pusaka IN-HILAL, yang dikeluarkan oleh Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.

Continue reading

Jadual Harian Muslim Sepanjang Ramadhan

Salam Ramadhan,

Ingin dipanjangkan posting yang berguna ini daripada laman web epondok.wordpress.com (link). Semoga ibadah dapat dilaksanakan semaksimum mungkin sepanjang Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

4.00 pagi Bangun Berdoa kepada ALLAH dengan doa:

Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.Mengambil whudu’ dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat sunat TaubatNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Rakaat pertamaselepas Al-Fatihahbacasurah Al-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-FatihahbacasurahAl-Ikhlas.Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat sunat TahajjudNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.RakaatpertamaselepasAl-FatihahbacasurahAl-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-FatihahbacasurahAl-Ikhlas.Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat sunat HajatNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.SelepasAl-FatihahrakaatpertamabacaayatulKursi1kali. Selepas Al-Fatihahrakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat sunat WitirNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepassalam,bangunlagidan sembahyang witir 1 rakaat.Perbanyakkan berdoakepadaALLAHdengan penuhrasakehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi Makan sahur
Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi BersiapmenungguwaktuSubuhdenganmembaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.
7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik. mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktivti kita diberkatiNYA. SentiasaberselawatkepadaRasulullahSAWsama ada menyebutnya atau di hati.Banyakkan istighfar/meminta ampun.Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. DatangkanrasabahawaALLAH sentiasamemerhati kerja-kerja yang dilakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi Sembahyang sunat Dhuha,
Ia adalah sumber rezki yang berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa :
Mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenaiperkara yang tiada sangkut paut dengan kerja
12.45 tgh. Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat.
Solat Zohor berjemaah.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 ptg. Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA
5.30 ptg. Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahurtanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!!!
6.30 ptg. Memperbanyakkan doa sebelum berbukakerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa.Ingatlah sabda Rasulullah SAW : “Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapathanyalapar dan dahaga”,merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk waktu Maghrib,bacalah doa berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.
8.00 mlm. Solat Isya’ berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar.Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).
11.00 mlm. Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok,untukmenunaikanPuasaRamadhanyang wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala. (JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
Bacalah doa tidur :
Ertinya :D engan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati.Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Panduan Solat Tarawih

Salam Ramadhan,

Solat Tiang Agama

Solat Tiang Agama

Alhamdulillah, sudah dua malam Ramadhan berlalu, solat Tarawih dapat penulis tunaikan hingga selesai solat Witir. Malam pertama dikerjakan di Surau Tan Sri Yahaya Ahmad, surau di taman perumahan penulis tinggal. Malam kedua bertukar ke Markas At Taqwa di Shahbandar, bersama rakan jemaah.

Continue reading

Lambaian Ramadhan Tiba Jua

Salam Ramadhan,

Ahlan Wa Sahlan

Ahlan Wa Sahlan

Saya menerima sms berikut daripada bekas rakan sekerja, jiran dan juga ‘client’ unit trust saya, ingin dikongsikan bersama sebagai ucapan daripada saya kepada tetamu maya;

Kian berlabuh tirai Syaaban,

Lambaian Ramadhan kian dinanti,

Luhur hati ikhlas amalan,

Semoga segala ibadat Allah berkati.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.


Doa Sambut Ramadhan

Doa Sambut Ramadhan

Kerjakanlah Ibadah Kerana Allah, Moga Diampunkan Dosa Kita

Kerjakanlah Ibadah Kerana Allah, Moga Diampunkan Dosa Kita Yang Lalu

Petikan Hadis Puasa: Kelebihan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.

(At-Tirmidzi)