Wudhu’ Halang Penyakit Selsema Babi


Salam,

Found this interesting article, think too good not to share with all of you.

Written by Ustaz Syairazi, daripada laman web Pondok Pasir Tumboh Kelantan di http://www.al-bakriah.com.my. (link)

Ketika membaca cara-cara untuk menghindar daripada penyakit selsema babi seperti sentiasa membasuh tangan dan memasuk air ke rongga hidung supaya kuman-kuman keluar maka kita dapati betapa indahnya ajaran Islam yang mewajibkan kita mengambil air sembahyang setiap kali mahu solat lima waktu. Oleh itu sesiapa yang menjaga solat lima waktu dan suka berwudhu’ insya Allah akan dijauhkan daripada penyakit selsema babi. Begitu juga Islam menggalakkan kita supaya membasuh bangun setiap kali mahu makan.

Sebelum ini kita didedahkan bahawa antara pancaindera yang kerap melakukan maksiat adalah tangan, mata, hidung, telinga, kaki maka dengan mengambil wudu’ insya Allah dosa-dosa anggota tadi diampunkan oleh Allah sebagaimana hilangnya kotoran daki dan sebagainya

Begitu juga larangan menyentuh apatah lagi berpeluk dan bercium dengan pesakit yang boleh menyebabkan penyakit merbahaya ini boleh berjangkit di mana Islam telah lama mengajar agar kita jangan menyentuh antara lelaki dan perempuan bukan mahram bagi mengelak penyakit sosial. Dulu ramai yang mempetikaikan apa bahayanya bersentuhan tetapi kini dunia mengiktiraf bahawa adanya sentuhan yang merbahaya kepada kesihatan

Jika sebelum ini WHO melarang menggunakan nama selsema babi tetapi akhirnya turut mengguna nama tersebut kerana tidak dapat menyembunyikan fakta bahawa memang ia jelas ada kaitannya dengan babi. Selama ini mereka menjaga hati umat Kristian yang sentiasa menghidang babi dalam jamuan besar, begitu juga masyarakat China. Jika dibiarkan penggunaan nama babi ditakuti dunia akan mengakui betul dan benarnya ajaran Islam yang mengharamkan babi dan ajaran lain adakah menyeleweng termasuk dalam masalah menjaga kesihatan

Betapa indahnya Islam bagi yang nampak. Yang jahat walau pun disembunyi bagaikan bangkai gajah yang ditutup nyiru akhirnya terbongkar. Cahaya Islam walau pun dihalang tapi terus bersinar.

Semoga bermanfaat. Saya sendiri pun jarang cuci hidung ni, maklumlah sunat. Nampaknya kena buat semua, sunnah Rasul kita semuanya ada faedah.

Lawati/imbas kembali cara mengambil wuduk di sini (link)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s