Menerobos Sempadan Diri – Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah


Salam,

Menerobos Sempadan Diri

Menerobos Sempadan Diri

Ringkasan point-point penting yang saya kumpul setelah mendengar kuliah online Dato’ Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK) tentang menerobos sempadan diri. Sebuah kuliah yang bermanfaat di http://www.imeem.com, posted by  Khairil Rizwan (dengar di sini)

a) Terima hakikat yang kita ada masalah/halangan-halangan berikut;

  • di didik untuk jadi sederhana – sedangkan kita dicipta sebaik-baik makhluk, khalifah Allah di muka bumi.
  • takut dikritik, enggan mencuba cara, pendekatan baru – anggap orang yang mengkritik kita sebagai guru.
  • takut untuk gagal, berbeza pendapat – cuba cara baru yang orang lain belum buat, jangan takut gagal.
  • wawasan/matlamat yang kabur/tidak jelas – patut ada gambaran yang jelas dalam kepala untuk setiap matlamat kita dengan ada dateline. Contoh, nak mendirikan rumahtangga pada tahun 2010, kena menggambarkan dalam fikiran kita.

  • banyak kejahilan – rebut peluang untuk terus belajar, mencari ilmu. Kena rajin bertanya.
  • kekurangan sumber – bentuk jaringan, cari kawan yang dapat membantu.
  • bodoh sombong, sombong bodoh, tak tahu tapi tak nak tanya – mesti bertanya apa yang tidak diketahui.
  • tidak bersatu hati – hidupkan semangat jemaah, tolong menolong, jangan pentingkan diri sendiri
  • mudah patah semangat – redha, terima setiap ujian Allah
  • ingin cepat dapat hasil – buat sesuatu tahap demi tahap, no shortcut to success
  • ingkar perintah Allah – kena bentuk ketaqwaan yang hakiki kepada Allah
  • kurang berdoa – mesti banyakkan berdoa
b) Petua-petua untuk menerobos sempadan diri
1. Patuh perintah Allah swt sepenuhnya
2. Doa yang berterusan – ‘Doa itu senjata mukmin – hadis’, minimum dalam 45minit sehari. Cakap/sebut perkara positif, jangkaan positif
3. Gunakan kebolehan/ilmu/bakat yang ada dalam diri kita.
4. Bentuk matlamat yang jelas – tulis atas kertas, ceritakan pada yang tersayang, tampal kat bilik tidur, tempat kerja-membangkitkan semangat, mengingatkan. Termasuk berhenti merokok!
(Doktor pakar sahkan ramai perokok muslim susah nak mengucap bila nazak)
5. Gunakan sunnah Nabi sebagai standard /piawai kita.
6. Mengurus diri dan orang lain dengan cara terbaik.
7. Bentuk suasana yang merangsang/memotivasikan kita – rumah, bilik tidur, bilik darjah, tempat kerja
8. Sentiasa menolong, mendorong, merangsang orang lain – Allah akan membantu kita
9. Belajar menghormati orang lain di sekeliling kita, agar kita dihormati – dapat belajar sesuatu daripada mereka, Allah akan turunkan rahmatNya.
10. Tingkatkan produktiviti – Allah suka hambaNya yang membuat sesuatu kerja dengan paling baik.
11. Meluaskan jaringan persahabatan – ramai sahabat yang baik-baik.
12. Sentiasa positif dan bersangka baik – tubuh badan akan sihat, otak positif, untuk dapat ilham, hidayah, bantuan Allah dan manusia.
13. Tingkatkan kemahiran berkomunikasi – selalu baca doa Nabi Musa – Surah Thaha ayat 25-27.
14. Buat kerja dengan penuh semangat, ceria,  – badan tidak penat, kerja akan berjalan lancar.
15. Kena berfikir secara kreatif, luar biasa – berdoa agar diberi ilham, hidayah oleh Allah, mula berfikir cara luar biasa, berkawan dengan orang yang hebat-hebat yang suka berfikir, fikir macam kartun/loyar buruk yang positif
16. Ikut peraturan-peraturan Allah dengan sepenuhnya.
17. Lakukan perubahan langkah demi langkah secara bersepadu – ubah hati, cara berfikir, tindak tanduk, sosial-kawan-kawan yang baik, jaga solat dan perintah Allah, pastikan rezeki berkat, halal, komited terhadap kerja, keluar zakat.
18. Kena mengambil peluang sepenuhnya – segera buat keputusan melalui mesyuarat, istikharah, berbincang dengan yang tersayang.
19. Sentiasa membantu orang lain dengan ikhlas – Pesan Nabi kepada Ali; ‘Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain’
20. Sentiasa ceria, seronok, redha, senyum – awet muda, badan sihat, rezeki murah.
21. Jadi orang yang pemaaf – dendam terhakis, hati bersih, doa makbul. Maafkan semua orang sebelum tidur, sentiasa bermaaf-maafan sebelum berpisah.
22. Muhasabah diri, dan bentuk jurnal kejayaan – setiap malam sebelum tidur, tulis apakah perkara/kejayaan-kejayaan positif yang dicapai.
23. Tidak pernah memecahkan kunci – tidak memaksa orang lain menerima pandangan kita
24. Bentuk imej diri yang positif – karisma, keyakinan diri, penampilan diri yang positif.
25. Sentiasa yakin dengan ketentuan Allah – sentiasa bertawakal kepada Allah
Moga bermanfaat.

b) Petua-petua untuk menerobos sempadan diri

1. Patuh perintah Allah swt sepenuhnya.

2. Doa yang berterusan – ‘Doa itu senjata mukmin – hadis’, minimum dalam 45minit sehari. Cakap/sebut perkara positif, jangkaan positif.

3. Gunakan kebolehan/ilmu/bakat yang ada dalam diri kita.

4. Bentuk matlamat yang jelas – tulis atas kertas, ceritakan pada yang tersayang, tampal kat bilik tidur, tempat kerja-membangkitkan semangat, mengingatkan. Termasuk berhenti merokok! (Doktor pakar sahkan ramai perokok muslim susah nak mengucap bila nazak)

5. Gunakan sunnah Nabi sebagai standard /piawai kita.

6. Mengurus diri dan orang lain dengan cara terbaik.

7. Bentuk suasana yang merangsang/memotivasikan kita – rumah, bilik tidur, bilik darjah, tempat kerja.

8. Sentiasa menolong, mendorong, merangsang orang lain – Allah akan membantu kita.

9. Belajar menghormati orang lain di sekeliling kita, agar kita dihormati – dapat belajar sesuatu daripada mereka, Allah akan turunkan rahmatNya.

10. Tingkatkan produktiviti – Allah suka hambaNya yang membuat sesuatu kerja dengan paling baik.

11. Meluaskan jaringan persahabatan – ramai sahabat yang baik-baik.

12. Sentiasa positif dan bersangka baik – tubuh badan akan sihat, otak positif, untuk dapat ilham, hidayah, bantuan Allah dan manusia.

13. Tingkatkan kemahiran berkomunikasi – selalu baca doa Nabi Musa – Surah Thaha ayat 25-27.

14. Buat kerja dengan penuh semangat, ceria,  – badan tidak penat, kerja akan berjalan lancar.

15. Kena berfikir secara kreatif, luar biasa – berdoa agar diberi ilham, hidayah oleh Allah, mula berfikir cara luar biasa, berkawan dengan orang yang hebat-hebat yang suka berfikir, fikir macam kartun/loyar buruk yang positif.

16. Ikut peraturan-peraturan Allah dengan sepenuhnya.

17. Lakukan perubahan langkah demi langkah secara bersepadu – ubah hati, cara berfikir, tindak tanduk, sosial-kawan-kawan yang baik, jaga solat dan perintah Allah, pastikan rezeki berkat, halal, komited terhadap kerja, keluar zakat.

18. Kena mengambil peluang sepenuhnya – segera buat keputusan melalui mesyuarat, istikharah, berbincang dengan yang tersayang.

19. Sentiasa membantu orang lain dengan ikhlas – Pesan Nabi kepada Ali; ‘Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain’

20. Sentiasa ceria, seronok, redha, senyum – awet muda, badan sihat, rezeki murah.

21. Jadi orang yang pemaaf – dendam terhakis, hati bersih, doa makbul. Maafkan semua orang sebelum tidur, sentiasa bermaaf-maafan sebelum berpisah.

22. Muhasabah diri, dan bentuk jurnal kejayaan – setiap malam sebelum tidur, tulis apakah perkara/kejayaan-kejayaan positif yang dicapai.

23. Tidak pernah memecahkan kunci – tidak memaksa orang lain menerima pandangan kita.

24. Bentuk imej diri yang positif – karisma, keyakinan diri, penampilan diri yang positif.

25. Sentiasa yakin dengan ketentuan Allah – sentiasa bertawakal kepada Allah.

Moga bermanfaat.

One response to “Menerobos Sempadan Diri – Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

  1. terima kasih..nice entry..

    dah lihat buku ni tadi, tapi tak berkesempatan nak beli lagi..banyak manfaat buku ni, memang patut dimiliki.. terima kasih atas ringkasan..really helps !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s