Risalah Tentang A(H1N1) – Allah Berbicara dengan Kita


Salam,

Kematian - Suatu Yang Pasti

Kematian - Suatu Yang Pasti

Bilangan kematian akibat virus A(H1N1) terus meningkat. Harapan saya agar tidak semakin tinggi hingga meresahkan jiwa raga kita semua, yang sudah sedia resah ini.

Namun, semua ini menghunjam pemikiran kita kenapa bala ini diturunkan? Yang mana vaksin masih belum ada, jangkitan virus berlaku begitu cepat, banyak institusi pendidikan telah ditutup sementara, untuk membendung penularan yang lebih buruk.

Nah, apabila kita tiada lagi akal untuk memikirkan, tentunya ia akan menghalakan pemikiran kita untuk berbalik kepada Pencipta kita, Allah swt. Kita sedang diuji dengan penyakit yang mendatangkan ketakutan yang tidak sikit.

Ini menyedarkan saya untuk sentiasa berdoa kepada Allah, mohon perlindungan bukan untuk diri sendiri semata, tapi untuk anak isteri, sanak saudara, jiran tetangga dan seluruh umat Islam. Juga mengambil langkah-langkah pencegahan yang telah disyorkan oleh pihak Kesihatan.

Saya mengambil ini sebagai satu ‘signal‘ daripada Allah untuk kita kembali kepadanya, dalam maksud meningkatkan ketaqwaan dan bergantung harap kepadaNya. Sekiranya wabak ini tidak melanda, mungkin kita sentiasa berada dalam zon selesa, ‘aku lambat lagi akan mati‘, maka tidak perlu bersegera membuat kebajikan!

Ya Allah, moga Engkau perkenankan doa hambaMu ini agar dipelihara kami semua daripada musibah ini, dan semakin hampir kami kepadaMu dalam ertikata ketaqwaan yang sepatutnya kami usahakan, juga mempersiapkan bekalan amalan soleh sebanyak mungkin, kerana dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara semata. Amin.

Risalah A(H1N1)

Risalah A(H1N1)

Influenza A(H1N1)

Influenza A(H1N1)

Click bacaan doa elak wabak penyakit di sini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s