Doa A(H1N1) Yang Boleh Merosakkan Akidah


Salam,

Pagi ni terjumpa pula doa yang boleh merosakkan akidah. Dalam ramainya orang Islam mencari doa untuk memohon perlindungan daripada Allah, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan untuk mengedar doa berikut;

Doa A(H1N1) Yang Boleh Merosakkan Akidah

Doa A(H1N1) Yang Boleh Merosakkan Akidah

Dibawah adalah penerangan tentang status ‘doa’ di atas oleh Ustaz Mohd Farid Mohd Zainal, Naib Ketua Pemuda DPPK Kapar, yang dipaparkan dalam laman web YDP Pas Putrajaya, Ustaz Mohamad Nazir Zakaria (link)

Bismillahirahmannirahim..

Soalan:
Assalamualaikum Ustaz,
Dalam kerisauan penularan wabak pandemik H1N1 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia mutakhir ini, banyak email yang saya dapat berkenaan doa-doa yang boleh diamalkan untuk menghindarinya. Salah satunya termasuklah seperti yang saya lampirkan.

Mohon pendapat ustaz berkenaan doa tersebut. Adakah boleh kita mengamalkannya? Ada yang menganggap ianya dari syiah. Mohon penjelasan.

Terima kasih,

Syukor,
Kuala Lumpur

Jawapan:
Waalaikumsalam. ..

Selepas meneliti kandungan risalah yg dilampirkan, saya dapati ada banyak keraguan dari sudut kenyataan, kandungan dan matan doa itu sendiri.

Antaranya adalah seperti berikut :

1. Status Syeikh Ibnu Ahmad At-Tamimi Al-Malizi yang dikatakan Murshid. Tidak pernah saya terbaca dalam mana-mana kitab himpunan ulama’-ulama’ tanahair ada ulama yang dikenali dengan nama tersebut.

2. Di bawah risalah tersebut dinyatakan, disediakan oleh ustaz Thalut @ Muhammad Adeeb Sakiran, Bahagaian Dakwah Bebas JAIS, kategori D1, D2 & D3, beserta no rujukan fail dan no HP.

Untuk pengetahuan tuan, ada banyak keraguan di sini :

i. Tidak wujud pegawai dengan nama tersebut bertugas di Bahagian Dakwah JAIS.
ii. Tidak wujud yang dinamakan “Bahagian Dakwah Bebas” JAIS
iii. D1, D2, & D3.. setahu saya ia adalah kod bagi kategori kad tauliah mengajar. Jadi, apa kaitan dengan bahagian dakwah JAIS yang dinyatakan.
iv. No HP yang tertera telah cuba dihubungi, tapi tidak diangkat.

3. Matan doa yang di tulis juga mempunyai banyak keraguan.

i. Dari sudut maknanya, ia seolah-olah bukan doa yang dipohon kepada Allah, tetapi tawassul yang dipohon kepada manusia. Ulama bersepakat bahawa haram bertawassul dengan memohon kepada makhluk. Yang dibolehkan adalah tawassul dengan kemuliaan dan keberkatan orang soleh dan hajat tetap dipohon kepada Allah.

ii. Doa tersebut jelas tidak mengandungi perkataan dalam bentuk apa-apa doa, permintaan hajat kepada Allah. Hanya sekadar tawassul kepada 5 orang yg disebutkan dalam matan ayat tersebut.

4. Saya mengandaikan, ini adalah surat berantai yang disebarkan oleh individu tertentu dan tidak mempunyai apa-apa sandaran nas juga tidak warid (bersambung) dari Rasulullah SAW.

Oleh itu, abaikan sahaja dan wajib kita hindari apa2 amalan yg tiada sandaran nas daripada al-Quran dan al-hadith.

Sekian.

Wallahu a’lam bis sowab.

Ustaz Mohd Farid Mohd Zainal
Naib Ketua Pemuda DPPK Kapar

Kalau ada terima & pernah pula forward/print dan bagi hardcopy pada sesiapa, minta inform kembali tentang status doa yang salah ini.

Doa berikut boleh diamalkan (link), insyaAllah selamat dengan izin Allah swt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s