The Holy Qur’an – www.quran.com


Salam,

Al Quran Teman Dunia & Akhirat

Al Quran Teman Dunia & Akhirat

Dewasa ini ‘access‘ terhadap internet telah meningkat secara mendadak. Streamyx, Broadband, P1 Wimax dan pelbagai lagi sumber untuk ‘access‘ kepada internet menyebabkan begitu ramai pengunjung sentiasa berada ‘online‘.

Samada ‘bloggers‘ ataupun ‘web surfer‘, masa ‘online‘ boleh dimanfaatkan dengan mendengar bacaan-bacaan Al-Quran contohnya. Apatah lagi dalam bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, pastinya ia akan meningkatkan lagi kefahaman kita terhadap al-Quran dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt.

Laman web www.quran.com menawarkan ciri-ciri menarik untuk pengunjung seperti dibawah;

Ciri-ciri & kelebihan;

a) Mengandungi kesemua 114 surah.

b) Boleh mendengar bacaan Al-Quran secara ‘online‘.

c) Tulisan ayat-ayat Al-Quran yang jelas, setiap ayat dipisahkan – mudah dibaca

d) Boleh pilih terjemahan pelbagai bahasa6 bahasa Inggeris & 19 bahasa lain, termasuk bahasa Indonesia (tiada bahasa Melayu, kira serumpun)

e) Ada ciri ‘transliteration‘-ejaan sebutan al-Quran dalam abjad rumi, untuk yang tidak pandai membaca bahasa Arab. Sekadar panduan, untuk bacaan yang betul kena berguru.

Moga bermanfaat.

2 responses to “The Holy Qur’an – www.quran.com

  1. Ramadhan saat yang sangat tepat untuk kita meningkatkan lagi kedekatan kita pada Al-Qur’an.
    Kalau bisa khatam sekali, atau 2x lebih bagus lagi. Dan nanti setelah Ramadhan juga harus tetap dipertahankan.

    Selain baca juga harus meresapi makna setiap kata dlam Al-Qur’an, baca terjemahan atau tafsirnya. Syaamil ada Al-Qur’an dengan terjemahan perkata, sangat memudahkan untuk membaca Al-Qur’an sekaligus mengetahui arti setiap katanya, juga sangat membantu kalau mau belajar bahasa Arab. Coba lihat di http://www.sobatmuslim.com

    • Salam Syaamil,

      Tepat sekali, insyaAllah saya cuba khatam sekali dalam bulan Ramadhan, dan yang penting berterusan untuk 11 bulan mendatang.

      Bagus produk tersebut, dapat membantu kita memahami Al-Quran dengan lebih baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s