Alhamdulillah, Rezeki Rumah Baru Nik Nur Madihah


Salam Ramadhan,

Rumahku syurgaku

Rumahku syurgaku

Wah, nampaknya rumah banglo baru bernilai RM130,000 yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Kelantan telahpun diberi kuncinya kepada keluarga Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamil, pelajar paling cemerlang SPM 2008. Pencapaian 20A (19A1 & 1A2) membuktikan kecemerlangan boleh dicapai oleh pelajar sekolah agama (Maahad Muhammadi Perempuan) dan yang berasal daripada keluarga miskin.

Yang penting kesungguhan usaha, keazaman yang tinggi, tawakal kepada Allah, tidak pernah mengenal erti jemu dan sentiasa memohon bantuan Allah samada melalui doa, solat hajat dan amalan berpuasa,  akan membuahkan hasil yang diinginkan.

Pintu Kehidupan Yang Baru

Pintu Kehidupan Yang Baru

Impak positif yang dicapai oleh beliau menaikkan lagi taraf institusi pendidikan agama, yang sudah tentu membuka minda ibubapa yang mungkin selama ini memandang sepi kemampuan sekolah agama mendidik pelajar mencapai kecemerlangan dalam bidang bukan spesifik agama, disamping subjek agama.

Kemahuan beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Fizik Islam di Jordan dengan biasiswa Bank Negara, membuktikan aliran sains juga diajar dengan berkesan di sekolah agama.

Upacara Penyerahan Kunci Rumah

Upacara Penyerahan Kunci Rumah

Dengan pelbagai jemputan program motivasi, penerbitan buku-buku dan sebagainya, semoga pintu rezeki beliau dan keluarga terus dipermudahkan Allah, dan akan mencapai kejayaan cemerlang dalam pengajiannya nanti, insyaAllah.

Tetap Tersemat Di Ingatan

Tetap Tersemat Di Ingatan

Sumber berita & gambar: Pemudapc.blogspot.com

PENGKALAN CHEPA, 17 Ogos: Mungkin Kelantan menjadi negeri pertama di negara ini yang menghadiahkan seorang pelajar cemerlang SPM sebuah banglow berharga RM130,000.

Sebelum ini hadiah lumayan itu disebut kerajaan negeri memandangkan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18 merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat negara.
Pencapaian pelajar terbabit iaitu 20A (19A1 dan 1A2) telah melonjatkan nama Kelantan dan Maahad Muhammadi Perempuan.
Dan hari ini replika kunci rumah banglow itu diserahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah kepada Nik Nur Madihah.
Hadiah berkenaan merupakan projek sosial Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya Binaraya dan Profil Impian yang berganding bahu membiayai rumah berkenaan dalam tempoh hanya dua bulan.
Rumah berkenaan dibina melalui Syarikat Mekar Mewah Sdn Bhd. Turut hadir pada majlis bersejarah itu Ketua Eksekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, Pengurus Besar Binaraya PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Abdul Rahman, serta beberapa pegawai kanan PKINK.
Nik Nur Madihah ditemani kedua ibu bapanya, Nik Mohd Kamil Husin dan Mariani Omar serta adiknya.
Rumah banglo setingkat itu terletak di PT 1352, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa.
Selain itu, Afza Carpet dan Handycraft Sdn Bhd turut menghadiahkan beberapa kelengkapan termasuk karpet.
Mohd Amar berkata, rumah berkenaan diberikan sebagai melunaskan janji kerajaan negeri yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini. _ Salma mat hussin dan Rizal Tahir
Hadis Ramadhan

Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s