Bagaimana Menjimatkan Belanja di Bulan Ramadhan


Salam Ramadhan,

The Route To Financial Freedom

The Route To Financial Freedom

Bulan Ramadhan akan tiba dua hari lagi, insyAllah. Pengurusan kewangan akan ‘tercabar’ dalam bulan ini. Mana tidaknya, budget untuk baju raya, kasut raya seisi keluarga, duit raya untuk adik-adik, anak saudara, sepupu, jiran, zakat fitrah (jangan dilupa!) dan pelbagai lagi perlu disediakan (kuih muih!)

Mengharungi Ramadhan juga mendedahkan kita kepada pemborosan apabila singgah di bazar jualan setiap hari, Maklumlah berpuasa menyebabkan semua yang kita lihat nampak sedap belaka! Pelbagai jenis kuih-muih, lauk pauk, air minuman pasti menyebabkan kita ‘berpisah’ dengan duit tanpa sedar.

Jadi macam mana nak berjimat selama Ramadhan ini?

a) Masak sendiri makanan, sediakan minuman kat rumah.

b) Audit perbelanjaan harian, catat dan bandingkan dengan perbelanjaan semalam, samada semua yang kita beli dihabiskan atau membazir? Adjust pembelian esoknya sekadar mencukupi. Elakkan singgah di bazar jualan setiap hari.

c) Senaraikan apa yang perlu dibeli, jangan beli ikut rasa mana kita suka. Beli apa yang tersenarai sahaja.

Dalam blog Financial Samurai, dinyatakan tips berikut untuk menjadi senang;

Secret to Wealth

Secret to Wealth

* Spend Less Than You Earn

(belanja kurang daripada yang kita dapat, yang lebih simpan/laburkan-sekurang-kurangnya 10%)

* Don’t be a weak spending fool on things you don’t need

(jangan beli benda yang kita tidak perlu)

* Come in first, leave last and work your hardest.

(datan kerja awal, balik paling akhir & bekerja sebaik mungkin)

* Take calculated risks and press when the opportunity is right.

(ambil risiko yang berpatutan & cekup peluang baik yang tiba)

* Never invest in anything you don’t understand.

(jangan melabur dalam skim yang anda tidak faham)

* Give freely, and give often.

(biasakan bersedekah, insyaAllah diganti Allah dengan lebih baik)

Anda boleh mendapatkan pulangan yang lebih baik untuk wang simpanan anda dengan pelaburan dalam unit trust/saham amanah. Pengurusan profesional dan pelaburan dalam pelbagai syarikat terpilih (diversification) membolehkan pulangan yang tinggi dengan risiko yang lebih rendah, berbanding dengan membeli sendiri saham dalam ‘stock market‘.

Tahukah anda dana saham amanah ada yang hampir mencecah 40% keuntungan dalam tempoh awal tahun hingga sekarang? Hubungi segera untuk penjelasan lanjut.

Hadith :

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sahari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.”

(al-Bukhari dan muslim)

2 responses to “Bagaimana Menjimatkan Belanja di Bulan Ramadhan

  1. Hey there! Thanks for highlighting my site! Looking forward to seeing more from you guys at Financial Samurai.

    Best

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s