Checklist Puasa Ramadhan


Salam Ramadhan,

Checklist Puasa Ramadhan

Checklist Puasa Ramadhan

Alhamdulillah, kita semakin hampir memasuki bulan Ramadhan, terbenamnya matahari hari ini, bermulalah bulan mulia yang penuh keberkatan ini, terbukalah pintu rahmat untuk pencinta ibadah kerana Allah.

Sedikit peringatan untuk diriku;

a) Jangan lupa niat untuk puasa selama sebulan, sebagai backup kepada niat tiap-tiap malam. Malam pertama je boleh niat tu, malam esok dah tak di kira.

b) Berazam untuk  Qiyamu Ramadhan – solat Tarawih penuh  hingga ke akhir Ramadhan, di masjid/surau. Kalau terlepas pun kena buat juga kat rumah. Juga dirikan solat Witir.

c) Berpuasa zahir dan batin.

d) Cuba khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan ini, bertadarus & bertadabur.

e) Solat Maghrib, Isyak & Subuh secara berjemaah di surau/masjid (juga Zuhur & Asar)

f) Selalu  baca doa-doa berikut sepanjang Ramadhan, dan doa elak A(H1N1), terutama di malam hari; dan berzikir

Doa Utama Bulan Ramadhan

Doa Utama Bulan Ramadhan

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Doa Mohon Syurga & Jauh Drpd Neraka

Doa Mohon Syurga & Jauh Drpd Neraka

g) Segera berbuka (baca doa dulu) dengan buah tamar dan melewatkan sahur. Tidak makan/minum berlebih-lebihan hingga payah untuk bertarawih.

h) Solat tahajud/taubat/hajat setiap malam.

i) Bersedekah/beri makanan berbuka kepada jiran, jemaah surau, orang susah, anak yatim.

j) Beriktikaf di masjid.

k) Mengejar malam Lailatul Qadar dengan menghidupkan 10 malam terakhir terutamanya dengan beribadah.

l) Menghadiri majlis-majlis ilmu, membaca buku-buku bermanfaat dan berkongsi ilmu (dan beramal dengan ilmu!)

m) Mengurangkan tidur, bercakap sia-sia, menonton tv, elak berlebihan berbelanja untuk makanan dan mengelakkan bercakap bohong.

n) Menyampaikan mesej ini kepada sahabat-sahabatku, moga kita semua memperoleh ketaqwaan.

Amin Ya Allah!

Allah Melipatgandakan Pahala Bagi Orang Yang Berpuasa
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla Berfirman: “Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau Misk. (minyak wangi kasturi).

(Al-Bukhari dan Muslim)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s