Kenapa Perlu Berwasiat


Salam Ramadhan,

RM38billion Pusaka Belum Dituntut

RM38billion Pusaka Belum Dituntut

Dalam mencari lebih info tentang kepentingan wasiat, terjumpa laman web hartapusaka.net, milik Ustaz Md Ghazali Ibrahim. Pertama kali terlihat buku beliau yang lain, tetapi berkaitan wasiat/faraid di pejabat francais Wasiyyah Shoppe Kuantan.

Disini saya ambil penerangan dalam laman web Ustaz kenapa perlu kita menyediakan dokumen wasiat semasa hidup. Perhatikan tanpa dokumen wasiat, proses pentadbiran pusaka akan mengambil masa 3-5 tahun, bahkan 15 dan 50 tahun pun ada! Sanggupkah anda mengalami situasi ini?

Soalan : Kenapa saya perlu menyediakan dokumen wasiat ?

Jawapan : Kerana hakikatnya semua orang akan mati. Selepas kematian kita, semua harta yang tidak mempunyai penama seperti akaun simpanan dan semasa di bank, Amanah Saham Bumiputera, Akaun Lembaga Tabung Haji , tanah, rumah dan sebagainya akan dibekukan sehinggalah proses pentadbiran pusaka selesai.

Soalan : Berapa lamakah proses pentadbiran pusaka ini akan selesai dan bila pula waris-waris saya akan menerima harta saya yang terbeku di atas ?

Jawapan : Secara purata bagi kes si mati yang tidak mempunyai dokumen wasiat, proses pentadbiran pusaka mereka akan mengambil masa di antara 3 hingga 5 tahun. Walau bagaimanapun kami selalu juga terjumpa kes pentadbiran pusaka yang mengambil masa melebihi 15 tahun untuk diselesaikan.

Soalan : Bagi si mati yang mempunyai dokumen wasiat, berapa lama pula tempoh pentadbiran pusaka akan berjalan ?

Jawapan : Secara purata, bagi kes si mati yang mempunyai dokumen wasiat pula, proses pentadbiran pusaka akan mengambil masa di antara 6 hingga 8 bulan sahaja.

Soalan : Di dalam tempoh waktu pentadbiran pusaka yang bertahun-tahun ini berjalan, apakah yang waris saya akan dapat ?

Jawapan : Waris-waris tidak akan mendapat apa-apa bahagian harta tuan kecuali harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran.

Soalan : Jadi, harta yang akan dibekukan hanyalah harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja manakala harta yang mempunyai penamaan seperti di atas akan tetap diperolehi oleh penama saya ?

Jawapan : Ya. Harta yang terbeku memang harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja. Walau bagaimanapun, bagi harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran, tuan perlu ingat bahawa penama yang dinyatakan hanyalah bertindak sebagai Wasi sahaja dan bukan tuan punya mutlak harta tersebut . Selepas mereka menerima harta-harta tersebut mereka perlu mengagihkannya semula kepada semua waris-waris mengikut Hukum Faraid.

Soalan : Jadi apa perlunya saya menyediakan dokumen wasiat ?

JawapanDokumen wasiat akan mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan membolehkan waris-waris tuan mendapat bahagian mereka dengan cepat manakala kalau tanpa dokumen wasiat, waris-waris tuan perlu menunggu sehingga beberapa tahun sebelum mereka mendapat bahagian mereka. Pendek kata, nasib anak-anak dan waris-waris yang lain seperti pasangan kita akan lebih terbela dengan adanya dokumen wasiat.

Soalan : Apakah perbezaan ketara yang menyebabkan proses pusaka dengan dokumen wasiat berjalan lebih cepat dari proses pusaka tanpa dokumen wasiat ?

Jawapan: Perbezaan yang paling ketara ialah kewujudan WASI bagi kes dengan dokumen wasiat. Apabila seseorang meninggal dunia tanpa dokumen wasiat, perkara pertama yang perlu dilakukan di dalam pengurusan harta pusaka ialah semua waris perlu bermuafakat untuk melantik pentadbir harta pusaka. Di sinilah sebenarnya halangan terbesar berlaku. Semua waris-waris perlu muafakat siapa yang akan dilantik sebagai pentadbir dan mereka perlu hadir di dalam mesyuarat tersebut. Jika salah seorang waris tidak bersetuju dengan pentadbir cadangan, proses ini tidak dapat dimulakan. Berlainan dengan kes yang mempunyai dokumen wasiat. Ini kerana WASI telahpun dilantik dan beliau boleh memulakan proses pentadbiran pusaka.

One response to “Kenapa Perlu Berwasiat

  1. salam….
    bagaimana nak menghubungi ustaz md. gahazali ibrahim..? saya cuba masuki laman web beliau tidak dapat. ada sesiapa yang boleh membantu..? ASAP.. TQ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s