Produk IN-HILAL Daripada Wasiyyah Shoppe


Salam Ramadhan,

Wasiyyah Shoppe

Wasiyyah Shoppe

Alhamdulillah, semalam penulis sudah selesai melanggan produk Pengurusan Harta Pusaka IN-HILAL, yang dikeluarkan oleh Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.

Setelah berkecimpung dalam Unit Trust dan Takaful, tinggal perkhidmatan perancangan harta yang masih belum lengkap. Terfikir sentiasa, bagaimana nanti kalau pelabur meninggal, adakah senang untuk wang tersebut diagihkan kepada pewaris. Pernah terbaca, tanpa wasiat, semua aset-aset simati akan dibekukan, dan pewaris perlu melalui proses tuntutan yang rumit, menelan belanja yang tinggi dan mungkin berlarutan bertahun-tahun sebelum pembahagian harta dapat diselesaikan.

Sedangkan wang/harta tersebut perlu digunakan oleh anak isteri terutamanya yang mesti meneruskan kehidupan seharian!

Justeru itu, pelanggan produk IN-HILAL ini (termasuk penulis) akan mendapat kelebihan-kelebihan berikut;

  • Proses rundingcara dan pengurusan harta pusaka PERCUMA sehingga ke tahap kos RM10,000. Pewaris cuma perlu menghubungi TELEWASIYYAH di talian 03-6257 9573 dan Wasiyyah Shoppe akan menghantar wakil ke rumah waris di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Personalised dan memudahkan bukan?
  • Penyediaan Dokumen Wasiat Islam dan Dokumen Perlantikan Wasi secara PERCUMA.
  • Perubahan dokumen PERCUMA sepanjang menjadi pelanggan sah IN-HILAL.
  • Tawaran diskaun 20% untuk proses tuntutan harta pusaka bagi pasangan, ayah dan ibu kandung, anak dan adik-beradik (20% setiap satu kes).
  • Tawaran diskaun 15% untuk produk Wasiyyah Shoppe yang lain untuk diri sendiri – HIBAH Wasiyyah Shoppe dan Kasihku.
  • Upah haji RM2,000. Akan diserahkan kepada pewaris walaupun pelanggan telah mengerjakan haji.
  • Sumbangan untuk amal jariah – RM10 daripada bayaran IN-HILAL akan disumbangkan kepada Yayasan Muslimin Malaysia Bhd.
  • Insentif pengenal RM100 akan dibayar kepada pelanggan yang memperkenalkan setiap pelanggan baru produk IN-HILAL.
  • Peluang untuk memperkenalkan perkhidmatan Wasiyyah Shoppe dan memperolehi side income dengan mendaftar sebagai perujuk dan mengikuti Sesi Penerangan Industri (SPI)
  • Tawaran untuk menyertai Wasiyyah Shoppe sebagai Perunding Pewarisan Harta setelah berjaya memperkenalkan beberapa orang pelanggan IN-HILAL.
  • Manfaat seumur hidup setelah melanggan IN-HILAL secara berterusan untuk tempoh 18 tahun.

Hadis Rasulullah SAW;

“Hendaklah kamu tinggalkan waris kamu dalam kesenangan dari kamu tinggalkan mereka dalam kesusahan meminta-minta dari orang lain”

Riwayat Bukhari dan Muslim

2 responses to “Produk IN-HILAL Daripada Wasiyyah Shoppe

  1. MOHD AZNOR JALAL

    Assalamualaikum

    Saya tertarik dengan produk in hilal wasiyyah shoppe yg tuan sertai. Boleh saya tahu berapa harganya dan cara nak mendaftar. T.kasih.

    • Wa’alaikumsalam Tuan Mohd Aznor,

      Produk ini telah diubahsuai oleh Wasiyyah Shoppe.

      Untuk mendapat penerangan lanjut Tuan boleh menghubungi Puan Hamidah di talian 013-9282708.

      Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s