Forum Wasiat di BicaraJutawan.Com


Salam Ramadhan,

Tanpa Wasiat Harta Tergantung

Tanpa Wasiat Harta Tergantung

Semakin mencari ilmu tentang perancangan harta dan pengurusan harta pusaka ini, makin jelas ianya adalah satu perkara yang amat penting untuk dimiliki oleh setiap orang Islam.

Mungkin kita berpendapat, sudah cukup sekadar beribadah sebanyak mungkin sebagai bekalan akhirat, namun, dengan meninggalkan wasiat, kita dapat mengelakkan pewaris kita bertelagah tentang harta pusaka, mengambil hak yang bukan miliknya, menganggap penama sebagai pemilik mutlak harta, menyusahkan pewaris kerana lambat menerima bahagian masing-masing, terutama isteri yang tidak bekerja dan anak-anak.

Forum berkenaan wasiat di BicaraJutawan.com (link) banyak juga memberi input bermanfaat untuk saya. Contoh tentang peranan penama wang KWSP, yang dicoretkan oleh Bonda;

PERANAN PENAMA KWSP

Persatuan Ulama’ memfatwakan bahawa EPF adalah duit pusaka dan perlu dibahagikan mengikut sistem faraidh. Tapi sedihnya, kat Malaysia ni, hampir 90% penama EPF makan sendiri duit tu dan tak bahagikan hak tersebut kepada waris yang sepatutnya. Dengan ertikata lain makan duit haram.. Sebab tu akhir zaman ramai sangat yang makan duit anak yatim.. bukan duit anak yatim kat rumah anak yatim..tapi makan duit anak sendiri..Hmm.. sendiri mau ingat ye..

Okey go through the question.. dalam kes A, duit RM 200k tu, isterinya cuma berhak 1/8 sahaja, mak 1/6 dan ayah 1/6. Anak-anak lelaki 2 bahagian, anak puan 1 bahagian. Yang ni A kena jelaskan pada penama (sepatutnya wife dialah) supaya dia faham hak dia dan hormati hak orang lain kalau A dah tak ada nanti. Even A nak wife dia guna duit tu utk besarkan anak2, tp mak ayah dia tetap ada hak ke atas duit tu. Hmm takkanlah dia tak nak beri langsung pada orang tua yang dah bersusah payah besarkan dia kan??

Okey, tapi katakanlah, dia memang nak beri anak isteri dia je, maka A perlu keluarkan sebanyak boleh duit tu ketika dia masih hidup dan belikan saham. Lepas tu hibah(hadiahkan) saham tu kepada anak isteri dia.. barulah mak dan abah dia tak boleh protes lagi kalau tak dapat EPF tu.

Utk makluman, duit tunai takleh di hibah, yang boleh cuma hartanah dan saham sahaja. Keta pun tak boleh. Paham tak pasal hibah ni? Hmm.. kalau tak paham, next time Bonda citer..

PENTING : TOLONG LETAK PENAMA YANG DIPERCAYAI PADA AKAUN EPF ANDA! Tanpa penama, duit tersebut akan terus ke ARB dan akan ditolak charge pengurusan…then baru dapat pada waris..rugi dekk..ribu-ribu tu..

BUTTT..jangan sesekali letak nama tunang sebab dia bukan waris, atau anak bawah umur sebab kena tunggu dia cukup umur baru boleh keluarkan..sedangkan masa tu mungkin mak atau ayah kita pulak yang dah mati.

HADIS TENTANG ILMU FARAID

Namun, subhanallah, benar sungguh sabda Nabi..

‘Wahai Abu Hurairah, pelajarilah ilmu faraidh, dan ajarkannya kepada orang lain. Kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian dari ilmu yang banyak. Tapi malangnya, ia adalah ilmu yang dilupakan dan ilmu yang mula-mula akan dicabut dari umatku..’

Q & A TENTANG PERANCANGAN & PENGURUSAN HARTA – CORETAN EN FAIZAL

Soalan : Kenapa saya perlu merancang harta saya?

Jawapan : Kerana hakikatnya semua orang akan mati. Selepas kematian,kebanyakan waris-waris tidak tahu cara menguruskan harta pusaka. Ditambah pula dengan kewujudan kos pengurusan pusaka, waris-waris ada yang tidak mahu mengambil berat tentang harta pusaka si mati. Apabila waris-waris tidak menguruskan harta pusaka, akan ada kemungkinan hutang si mati tidak diuruskan / tidak dibayar, waris termakan hak waris yang lain, kecelaruan yang timbul akibat harta yang tidak terurus serta amal jariah yang di hajati oleh si mati tidak dapat disempurnakan.

Soalan : Perlukah saya merancang jika saya tiada harta?

Jawapan : Ya, masih perlu kerana kita perlu senantiasa beringat bahawa jika kita tidak punyai harta tetapi terdapat hutang yang perlu dijelaskan (walaupun sedikit), hukum bagi menjelaskan hutang tersebut adalah tidak berubah yakni masih tetap WAJIB dibayar. Kedudukan tentang hutang, (siapa) pemberi hutang dan jumlah hutang perlulah jelas kepada waris / anak-anak supaya tidak menimbulkan kesukaran.

Soalan : Apakah kos pengurusan pusaka yang terlibat selepas kematian saya?

Jawapan : Kos yang terlibat semasa menguruskan harta pusaka adalah seperti kos memfailkan bicara kuasa, kos carian, kos penilaian hartanah, kos bicara Mahkamah Syariah dan lain-lain kos yang berkaitan.

Soalan :Siapakah yang perlu menanggung kos-kos ini?

Jawapan : Waris-warislah yang perlu menanggung kos pengurusan pusaka ini kerana jika mereka tidak mahu menanggung kos ini, maka harta pusaka kita tidak dapat di uruskan dengan sempurna serta hak-hak waris keatas harta tersebut tidak dapat di agihkan.

Soalan : Selain isu kos apa lagi isu yang perlu di jalankan oleh waris di dalam menguruskan harta pusaka?

Jawapan : Selain isu kos, isu siapa dan apakah tanggungjawab di dalam menguruskan pusaka juga merupakan punca yang menyumbang kepada isu kes harta pusaka yang tertunda / tertangguh. Tidak semua waris tahu apakah obligasi terhadap harta pusaka kita sebelum ianya diagihkan kepada waris-waris yang berhak di dalam Hukum Faraid.

Soalan : Jadi bagaimana saya boleh merancang harta pusaka?

Jawapan : Kita boleh merancang dengan menyediakan dokumen yang berkaitan seperti dokumen perlantikan Wasi, Dokumen Wasiyyah 1/3, Dokumen Harta Sepencarian, Dokumen Hibah dan Dokumen Wakaf. Selain daripada penyediaan dokumen, perancangan dari sudut kewangan juga penting di dalam memastikan semua kos yang terlibat di dalam kos pengurusan pusaka kita tidak akan membebankan waris.

Soalan
: Jadi, apakah instrumen terbaik untuk saya memberikan harta saya kepada sesiapa yang saya kehendaki tanpa boleh dicabar oleh waris-wairs yang berhak?

Jawapan : Instrumen yang paling sesuai adalah Dokumen Pengisytiharan Hibah kerana harta yang di hibahkan akan terkeluar daripada harta pusaka.

Soalan : Apakah maksud Hibah ?

Jawapan : Hibah bererti pemberian sesuatu harta kepada penama / waris di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan.

Soalan : Bagaimanakah mekanisme Hibah itu berjalan ?

Jawapan : Apabila seseorang ingin mewariskan sesuatu hartanya kepada waris-waris tertentu, dia perlu untuk menyediakan Dokumen Pengisytiharan Hibah dan Surat Ikatan Amanah. Walaupun perisytiharan hibah ini dibuat pada masa hidupnya, tetapi pertukaran hak milik tanah tersebut hanya akan berlaku selepas kematian penghibah.

Soalan : Jika saya sudah menghibahkan sesuatu harta kepada waris saya, bolehkan hibah itu ditarik balik ?

Jawapan : Hibah yang boleh ditarikbalik hanya melibatkan hibah yang diberi oleh seorang ayah / ibu kepada anaknya atau datuk / nenek kepada cucunya. Selain daripada hubungan itu, hubungan di dalam bentuk yang lain tidak boleh ditarikbalik. Contohnya jika seorang suami menghibahkan rumah kepada isterinya, hibah itu tidak boleh ditarikbalik. Begitu juga dengan hibah yang diberikan oleh seorang ayah angkat kepada anak angkatnya, juga tidak boleh ditarikbalik.

Soalan : Jadi, Hibah ialah dokumen terbaik yang perlu disediakan sekiranya saya ingin mewariskan sesuatu harta itu kepada waris saya ?

Jawapan : Ya, kerana apabila telah cukup segala syarat dan rukunnya, dokumen hibah tidak boleh dicabar oleh waris-waris yang lain. Contohnya sekiranya seorang suami itu menghibahkan rumahnya kepada isterinya, selepas kematiannya, rumah tersebut akan menjadi milik mutlak isterinya tanpa boleh dituntut oleh waris suami yang lain.

Soalan : Apakah jenis harta yang boleh dihibahkan dan bolehkah rumah yang masih mempunyai tanggungan pinjaman institusi kewangan boleh dihibahkan ?

Jawapan : Secara prinsipnya, semua jenis harta yang merupakan MILIK SEMPURNA pemiliknya boleh dihibahkan. Antaranya ialah rumah, tanah, bangunan, akaun simpanan tetap dan sebagainya. Namun di Wasiyyah Shoppe setakat ini kami cuma menyediakan Hibah hartanah sahaja. Rumah yang masih mempunyai pinjaman bank boleh dihibahkan dengan syarat pinjaman tersebut mempunyai insuran / takaful MRTA ke atasnya. Ini kerana bagi rumah yang mempunyai MRTA, apabila si peminjam meninggal dunia, ia akan bertukar menjadi aset tetapi jika rumah tersebut tidak mempunyai MRTA, apabila si peminjam meninggal dunia, ia akan bertukar menjadi liability. 

Soalan : KWSP pun perlu diagihkan kepada waris-waris yang lain ?

Jawapan : Ya. KWSP telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai harta pusaka bagi orang Islam. Ini bermakna, penama di dalam Akaun KWSP tersebut adalah bertindak sebagai Wasi dan Pemegang Amanah sahaja. Walaupunpembayaran akan dibuat kepada mereka, wang tersebut perlu diagihkan semula kepada semua waris yang sah dan layak mengikut Hukum Faraid.

Soalan : Saya meletakkan isteri saya sebagai penama di dalam akaun KWSP saya dan selepas kematian saya, dia mendapat wang KWSP tersebut. Apa akan berlaku sekiranya dia enggan menyerahkan wang tersebut kepada waris-waris saya yang lain seperti ibu dan bapa saya ?

Jawapan : Secara prinsipnya, wang KWSP itu adalah harta pusaka tuan seperti yang difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan isteri tuan mempunyai tanggungjawab untuk mengagihkan semula wang tersebut kepada waris-waris yang lain. Sekiranya beliau enggan berbuat demikian, maka waris-waris yang lain seperti ibu dan bapa tuan ada hak untuk menuntut bahagian mereka ke atas wang KWSP itu seperti bahagian yang diperuntukkan kepada mereka menurut Hukum Faraid.

RISIKO ORANG KAYA TANPA WASIAT – CORETAN BONDA

Ini penting! Bagi pemilik harta bernilai RM 600k ke atas, tanpa Dokumen melantik wasi maka potensi harta anda dibekukan adalah amat tinggi sekali. Mengikut undang2 Malaysia, harta bernilai RM 600 k ke atas, kesnya akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Tanpa Dokumen sah yang melantik Wasi, maka hakim akan meminta waris melantik seorang wasi dari kalangan mereka. Dan syarat seterusnya, hakim akan meminta 2 orang guarantor yang mempunyai nilai harta yang sama dengan si mati yang akan menjamin bahawa wasi yang dilantik oleh waris tidak akan pecah amanah.

Hmm.. bukan mudah nak dapat guarantor yang sanggup mengambil risiko seperti itu..Jadi kalau waris gagal mendapatkan wasi yang disyaratkan oleh hakim itu, maka harta si mati terutamanya hartanah dan saham2 akan dibekukan dan tidak dapat dipindahmilik untuk manfaat waris..Kes ini benar2 terjadi kepada seorang sahabat Bonda di KT. Harta mertuanya gagal diwarisi hanya kerana mertua tersebut gagal membuat perlantikan wasi ketika hayatnya..Sedih kan.. Penat carik harta siang malam bila akhirnya harta tersebut tak dapat pun digunakan oelh mereka yang kita sayang..

LUAHAN IBU MUDA KEMATIAN SUAMI – CORETAN ENI

bab faraid atau wasiat ni…mmg tak ramai minat nak ambik tahu…..tapi kalau dah terkena …baru gelabah nak ambik tau….

macam kes saya….dlm usia muda…suami meninggal dunia…..anak pun lum lahir…..anak pertama sya keguguran, anak kedua mati dlm perut usia 7 1/2 bulan, ketika sya mengandung anak ke 3….berusia 8 bulan dlm kandungan suami meninggal dunia…..

baru 2 1/2 tahun kami bersama…..mana terfikir nak wat wasiat ……sya pun terlalu cetek bab wasiat dan pengurusan harta si gemulah…..

dgn kes epf….kes motor, van, kereta dan last sebuah rumah medium cost….

dan paling tidak sangka anak saya lahir adalah anak lelaki…saling x tumpah persis ayahnya……

semua insan yg memahami masalah sya tidak dapat terima dan tak faham….kenapa rumah tu di faraidkan kepada 4 nama……..

ayah, ibu arwah, anak kami dan saya sendiri…..

bukankah kami ada anak lelaki tunggal….andai rumah tidak jatuh atas nama saya….at least hak mutlak pd anak sya….

ini saja bab yg jadi persoalan kami……ada sesiapa yg bole tolong saya….

ACTION PLAN

  • Dapatkan produk pengurusan pusaka ketika masih hidup, untuk memudahkan pewaris dan memastikan pembahagian mengikut lunas-lunas Islam.
  • Banyak mudaratnya kalau tidak meninggalkan wasiat, elakkan anda tergolong dalam kalangan tersebut.
  • Dapatkan produk In-Hilal atau Al-Wasitah untuk tujuan tersebut, daripada Wasiyyah Shoppe
  • Hubungi penulis di 019-985 5546 atau emel nafandi@gmail.com untuk keterangan lanjut, juga menawarkan khidmat rundingcara PERCUMA untuk produk takaful dan pelaburan amanah saham Islamik.
  • p.s. kalkulator faraid klik di sini: http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html

2 responses to “Forum Wasiat di BicaraJutawan.Com

  1. salam ramadhan!sy pernah jd ejen konvensional insurans. Bila jadi perunding takaful baru jelas kedudukan hukum terlibat dengan skim konvensional. Adakah saudara jelas kedudukan sykt tuan tidak terlibat dengan skim konvensional? Untuk respon datang ofis agensi insan mesra temerloh.tq

    • Waalaikumsalam,

      Terima kasih atas pandangan. Ya, sememangnya MAA bermula dengan MAA Assurance. MAA Takaful adalah khas untuk produk takaful, dan saya tidak memasarkan produk MAA Assurance. Uniknya MAA Takaful kerana produknya adalah investment-linked, jadi pulangan akan lebih tinggi untuk pelaburan dalam akaun peserta. Sudah mempunyai wasiat? Hubungi saya untuk membuat wasiat melalui produk INHILAL Wasiyyah Shoppe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s