Monthly Archives: September 2009

Muhasabah Pasca Ramadhan 1430H

Salam,

muhasabah

Ramadhan 1430H telah meninggalkan kita, bersama segala keberkatan dan ganjaran besar yang ditawarkan didalamnya.

Allah menjanjikan taqwa bagi mukmin yang benar-benar menghayati Ramadhan, dengan diisi amalan puasa, tadarus Al-Quran, solat Tarawih, berzikir, bersedekah dan banyak lagi.

Adakah kita rasanya telah mendapat taqwa itu? Adakah kita telah menjadi hamba Allah, bukan hamba Ramadhan?

Continue reading

Amalan Sunnah Di Hari Raya Aidilfitri

Salam Ramadhan,

1 Syawal Menjelang Tiba

1 Syawal Menjelang Tiba

Alhamdulillah Ramadhan masih berbaki beberapa hari, namun 1 Syawal sudah menanti peredaran masa untuk menjemput kita menyambut kejayaan berpuasa dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.

Continue reading

Marilah Menunaikan Zakat Fitrah!

Salam Ramadhan,

Golongan Penerima Zakat

Golongan Penerima Zakat

Ramadhan makin menghampiri penghujungnya. Resah gelisah para pencinta ibadah kerana Allah, kerana dengan berlabuhnya tirai Ramadhan, habis sudah bulan bonus yang mana digandakan pahala amalan soleh yang dibuat, berbanding bulan-bulan yang lain.

Continue reading

1,200-point mark breached by FBM KLCI

Salam Ramadhan,

FBM KLCI

FBM KLCI

Kita sudah menginjak ke 10 hari terakhir Ramadhan. Hadiah istimewa daripada Allah terkandung dalam salah satu malam pada 10 malam terakhir, kerana pahala amalan akan digandakan bersamaan 1000 bulan! Satu anugerah yang besar daripada Allah, untuk kita hambaNya menampung umur kita yang kebanyakkannya tidak akan menjejak 83 tahun. Teruskan beribadah moga diterima Allah hendaknya.

Continue reading

Kelebihan Beramal Pada Malam Lailatul Qadar

Salam Ramadhan,

Beramal di Malam Lailatul Qadar

Beramal di Malam Lailatul Qadar

Pejam celik, sudah 19 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Tidak lama lagi kita akan memasuki sepuluh malam terakhir, yang  mengandungi malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, sebagaimana termaktub dalam Surah Al-Qadar;

Continue reading

Ramadhan Bersama Ulama’ Palestin & Kutipan Derma

Salam Ramadhan,

Haluan

Sheikh Hussein KhalilSaqaral-Awawidah(ShAbu Bakr)
PenasihatKananRabithahUlamaPalestin
Sheikh ZiadSaid al-Kishawi(ShAbu Ahmad)
KoordinatorBantuanKemanusiaanRabithahUlamaPalestin
Sheikh Ahmed Aboushousha(ShAbu Wael)
KetuaKoordinatorSosial, PerkhemahanPelarianKhan Danun
Khamis, 10 September 2009
MasjidMu’azbin Jabal, JalanSetiawangsa, Kuala Lumpur
Tarawih
10 –15hb September 2009
Anjuran HALUAN Palestin dengan kerjasama Bahagian KESUMA, JAKIM

Penulis mendapat berita tentang program tersebut daripada emel yang dihantar oleh seorang sahabat. Membuka laman web HALUAN, terpapar iklan di sebelah kanan tentang program yang isinya saya butirkan seperti di bawah;

Continue reading

Nuzul Quran & Ramadhan

Salam Ramadhan,

Gua Hira'

Gua Hira'

Saban tahun Nuzul Quran disambut di Malaysia, sebagai mengingati kepentingan Al-Quran yang diturunkan Allah melalui rasulNya Muhammad SAW. Ia menjadi panduan sepanjang zaman untuk mukmin yang bertaqwa, dalam menyelusuri perjalanan kehidupan agar tidak tersesat.

Continue reading

Persoalan Selepas Ketiadaan Anda, Ada Jawapankah?

Salam Ramadhan,

Persoalan Pengurusan Harta Selepas Kematian

Persoalan Pengurusan Harta Selepas Kematian

Alhamdulillah, kita akan memasuki separuh kedua Ramadhan. Moga masih istiqamah dengan puasa, solat fardu, tarawih dan witir secara berjemaah, serta meneruskan tadarus Al-Quran, solat Tahajud, zikir, solat taubat dan sebagainya.

Bermula malam ini solat witir akan mengandungi bacaan doa Qunut, moga dimakbulkan Allah doa-doa yang dipinta, dan diterima segala amalan soleh yang telah kita lakukan selama ini.

Hadith : Doa Dalam Qunut witir Diriwayatkan dari Hasan bin Ali r.a. ia berkata: Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan kepadaku beberapa doa yang aku baca dalam qunut witir: Ertinya: Ya Allah! berilah aku pertunjuk beserta orang-orang yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesihatan yang sempurna beserta orang yang telah engkau beri kesihatan yang sempurna, pimpinlah aku beserta orang yang telah Engkau pimpin, berkatilah untukku apa yang telah Eangkau berikan, peliharalah aku dari apa yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan atas Engkau, bahawa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan tidak akan mulia siapa saja yang engkau musuhi (benci). Maha Agung Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau.” (Ahmad Abu Daud, Annasa’i At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Continue reading

Bebaskah Kita Daripada Riba?

Salam Ramadhan,

Alhamdulillah kita sudah memasuki hari ke 12 Ramadhan, semoga momentum beribadah, selain puasa yang diwajibkan ke atas kita dapat diteruskan dengan jayanya hingga ke penghujung Ramadhan, insyaAllah.

Puasa kita, tarawih, sedekah, baca Quran, dan pelbagai ibadah lagi kita lakukan dengan niat ikhlas untuk mencari keredhaan Allah. Namun adakah kita peka dengan muamalat kewangan kita? Adakah SEMUANYA berlandaskan Islam dan bebas daripada unsur riba? Tahukah kita bahawa hari ini sudah tiada alasan untuk tidak menggunakan produk kewangan Islamik kerana sudah banyak institusi kewangan Islam yang menawarkannya?

Continue reading

Professor Datuk Dr Ismail Salleh – Motivasi Hebat Tinggalan Arwah

Salam Ramadhan,

Allahyarham Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh

Allahyarham Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh

Tanggal 27 Ogos 2009 menyaksikan pemergian seorang hamba Allah yang berjaya dalam hidupnya, walaupun tanpa nikmat mata yang boleh melihat sejak berumur 13 tahun. Al fatihah. Moga Allah menjadikan beliau hamba yang diredhaiNYA dan ditempatkan ruh beliau dikalangan orang-orang beriman.

Kisah perjalanan hidup beliau lebih jelas kepada saya setelah dikejutkan dengan berita kematian!

Continue reading