Bebaskah Kita Daripada Riba?


Salam Ramadhan,

Alhamdulillah kita sudah memasuki hari ke 12 Ramadhan, semoga momentum beribadah, selain puasa yang diwajibkan ke atas kita dapat diteruskan dengan jayanya hingga ke penghujung Ramadhan, insyaAllah.

Puasa kita, tarawih, sedekah, baca Quran, dan pelbagai ibadah lagi kita lakukan dengan niat ikhlas untuk mencari keredhaan Allah. Namun adakah kita peka dengan muamalat kewangan kita? Adakah SEMUANYA berlandaskan Islam dan bebas daripada unsur riba? Tahukah kita bahawa hari ini sudah tiada alasan untuk tidak menggunakan produk kewangan Islamik kerana sudah banyak institusi kewangan Islam yang menawarkannya?

Tahukah kita Allah mengisytiharkan ‘perang’ terhadap orang Islam yang masih terlibat dengan riba?

DALIL PENGHARAMAN RIBA

a) Surah Al-Baqarah Ayat 275 (link)

Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

b) Surah Al-Baqarah Ayat 278 (link)

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.

c) Surah Al-Baqarah Ayat 279 (link)

Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.

d) Hadith:

1 ) Menjauhi Tujuh Dosa Besar

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:” Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”

Riwayat Muslim

2) Allah melaknat orang yang makan riba

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya.”

Riwayat Ahmad dan Abu Daud

LANGKAH TERBAIK

Tiada pilihan bagi orang yang beriman, selain daripada patuh dan taat kepada perintah Allah, yang termaktub dalam Al-Quran dan Hadith Nabi SAW.

Marilah kita jadikan diri kita ‘financially muslim‘, dengan mendapatkan khidmat perbankan Islam, perlindungan Takaful, pelaburan Islam, kad kredit Islam, wasiat Islam dan pelbagai lagi. Sekirannya masih ada yang terlibat dengan produk riba, bertukarlah segera kepada produk kewangan Islam.

Kita tidak ingin berperang dengan Allah dan Rasul, apatah lagi memilih akibat buruk kekal dalam neraka Allah kerana berterusan terlibat dengan riba.

Moga dipermudahkan kita untuk taat sentiasa pada perintahNYA dan juga meninggalkan semua laranganNYA.

(Penulis merupakan perunding 3 dalam 1:  pelaburan saham amanah Islamik, perlindungan Takaful dan juga Wasiat Islam, hubungi 019-985 5546 atau emel nafandi@gmail.com untuk mendapatkan khidmat perundingan percuma atau penerangan peluang kerjaya)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s