Persoalan Selepas Ketiadaan Anda, Ada Jawapankah?


Salam Ramadhan,

Persoalan Pengurusan Harta Selepas Kematian

Persoalan Pengurusan Harta Selepas Kematian

Alhamdulillah, kita akan memasuki separuh kedua Ramadhan. Moga masih istiqamah dengan puasa, solat fardu, tarawih dan witir secara berjemaah, serta meneruskan tadarus Al-Quran, solat Tahajud, zikir, solat taubat dan sebagainya.

Bermula malam ini solat witir akan mengandungi bacaan doa Qunut, moga dimakbulkan Allah doa-doa yang dipinta, dan diterima segala amalan soleh yang telah kita lakukan selama ini.

Hadith : Doa Dalam Qunut witir Diriwayatkan dari Hasan bin Ali r.a. ia berkata: Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan kepadaku beberapa doa yang aku baca dalam qunut witir: Ertinya: Ya Allah! berilah aku pertunjuk beserta orang-orang yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesihatan yang sempurna beserta orang yang telah engkau beri kesihatan yang sempurna, pimpinlah aku beserta orang yang telah Engkau pimpin, berkatilah untukku apa yang telah Eangkau berikan, peliharalah aku dari apa yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan atas Engkau, bahawa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan tidak akan mulia siapa saja yang engkau musuhi (benci). Maha Agung Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau.” (Ahmad Abu Daud, Annasa’i At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Maksudnya:
Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakkan. Kerana Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya.

PERSOALAN BERKENAAN HARTA PUSAKA

Baik, penulis cuma ingin menyenaraikan beberapa persoalan berkaitan harta pusaka, yang perlu diketahui jawapannya untuk setiap yang masih hidup;

a) Hari ini lebih 1 juta kes harta pusaka umat Islam bernilai lebih RM40 bilion tidak diselesaikan. Besar sekali kerugian pewaris kerana tidak dapat memanfaatkan harta tersebut bukan? Kenapa perkara ini berlaku?

b) ADAKAH ANDA PERNAH BERTANYA DIRI SENDIRI, SELEPAS KETIADAAN ANDA;

  • Siapa yang akan menguruskan harta pusaka?
  • Siapa yang akan melunaskan segala hutang-hutang?
  • Adakah waris-waris mengetahui prosedur pengurusan harta pusaka?
  • Berapakah kos untuk menguruskan harta pusaka?
  • Siapakah yang akan mengeluarkan kos pengurusan harta pusaka?
  • Terjaminkah waris-waris tidak berebut harta pusaka?
  • Terjaminkah tidak ada campur tangan orang luar dalam urusan harta pusaka?
  • Bagaimana harta pusaka memberi manfaat di alam kubur?
  • Tenangkah aku di alam barzah jika harta pusaka tidak diselesaikan?
  • Berapa lamakah masa untuk menyelesaikan pengurusan harta pusaka?
  • Dan mungkin banyak lagi…

APAKAH ANDA TELAH MENDAPAT JAWAPANNYA? JIKA BELUM, WASIYYAHSHOPPE sedia membantu anda dengan;

  1. Pengurusan Harta Pusaka secara PERCUMA (Al Wasitah & In Hilal)
  2. Dokumen Perlantikan Wasi dan Dokumen Wasiat Islam PERCUMA
  3. Dokumen HIBAH, HARTA SEPENCARIAN, AMANAH & KASIHKU
  4. Lain-lain perkhidmatan HARTA PUSAKA ANDA & KELUARGA

Hubungi penulis untuk mendapatkan khidmat penerangan percuma secara individu atau berkumpulan. 019-985 5546

2 responses to “Persoalan Selepas Ketiadaan Anda, Ada Jawapankah?

  1. Assalamualaikum…

    Pelajari ilmu faraidh secara online di

    http://www.edaurah.blogspot.com

    Semoga ianya bermanfaat

    Syukran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s