1,200-point mark breached by FBM KLCI


Salam Ramadhan,

FBM KLCI

FBM KLCI

Kita sudah menginjak ke 10 hari terakhir Ramadhan. Hadiah istimewa daripada Allah terkandung dalam salah satu malam pada 10 malam terakhir, kerana pahala amalan akan digandakan bersamaan 1000 bulan! Satu anugerah yang besar daripada Allah, untuk kita hambaNya menampung umur kita yang kebanyakkannya tidak akan menjejak 83 tahun. Teruskan beribadah moga diterima Allah hendaknya.

Baik, berbalik kepada pasaran saham tempatan, Bursa Malaysia telah mencecah tahap 1,200 pada 8 September 2009, yang mana menurut penganalisis beberapa bulan lepas akan dicapai pada penghujung tahun.

Ketibaan awal ini menunjukkan sentimen ekonomi yang semakin baik, sekaligus keyakinan pelabur telah meningkat. Peluang ini amat baik untuk kita ambil dengan melabur ke dalam saham amanah. Penulis mendapati seorang klien yang istiqamah melabur setiap bulan sejak beberapa tahun lepas, kini menikmati kadar keuntungan semasa dalam 30-40% (beliau mempunyai 4 akaun berlainan, termasuk untuk anak-anak dan akaun bersama dengan suami beliau)

Hasil analisa penulis daripada 2.1.2009 hingga 8.9.2009, dana-dana amanah saham Islamik mencatatkan peningkatan antara 25% hingga 42%! Sungguh beruntung mereka yang telah membuat pelaburan pada awal tahun lagi. Masih belum terlambat untuk yang belum melabur, kerana dijangkakan ekonomi akan terus meningkat naik.

Yang penting, pastikan kita sudah ‘pay ourselves first‘ dengan menolak terus daripada pendapatan kita untuk disimpan termasuk dalam skim pelaburan, sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan kita. Hanya dengan mempunyai disiplin ini kita mampu menjana keuntungan jangka panjang untuk keperluan persaraan, mengerjakan haji, pendidikan anak-anak dan sebagainya.

Pelaburan amanah saham Islamik mampu membantu kita mencapai matlamat masing-masing kerana

  • Diuruskan pengurus dana profesional sepenuh masa
  • Pelaburan dipelbagaikan ke dalam banyak syarikat, berpeluang mendapat untung disamping mengurangkan risiko kerugian
  • Mudah untuk dicairkan untuk keperluan mendesak
  • Permulaan rendah, RM1,000 dan boleh ditambah RM100 setiap kali.

Apalagi, rebut peluang ini untuk menambah pelaburan, samada tunai atau dari akaun 1 KWSP. Penulis boleh membantu anda memulakan pelaburan tersebut dan memilih dana yang sesuai dengan profil risiko anda.

Hubungi 019-985 5546 untuk perundingan percuma.

(sumber: The Star Online)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s