6 Kunci Kekayaan


Salam,

Key to Success

Semalam berkesempatan berjumpa klien unit trust saya. Saya memberi status terkini pelaburan beliau dari segi keuntungan semasa.  Pelaburan daripada wang EPF tersebut dibuat semenjak tahun 2005 lagi.

Beliau berpuashati dengan jumlah keuntungan semasa, dan turut menghargai perlindungan takaful percuma yang diperolehi. Cuma beliau kematian isteri tahun lepas, saya teringat untuk menukar penama baru bagi perlindungan takaful tersebut. Kena dapatkan borang daripada cawangan terdekat terlebih dahulu.

Beliau juga menjalankan penternakan ikan keli di belakang rumah beliau, disamping turut bergiat aktif dalam bidang MLM.

BUKU MOTIVASI

Beliau juga minat membaca buku-buku motivasi. Antara buku yang dimiliki ialah Petunjuk Jalan Kekayaan, karya Dr. Rusly Abdullah Ph.D. atau dikenali juga sebagai Chef Li

Saya tertarik dengan buku tersebut, dan memohon untuk meminjam buku itu. Balik daripada rumah beliau, terus saya memulakan pembacaan, dan pada pendapat saya, ia adalah satu kisah benar kehidupan Chef Li yang begitu menarik. Bagaimana beliau dalam keadaan amat tertekan akibat kegagalan bisnes membuat ‘burger’, yang akhirnya membawa beliau berkelana ke Indonesia. Di sana beliau berjumpa Kiai yang warak dan juga amat berjaya dalam bidang perniagaan.

Kiai tersebut bertindak seolah-olah seorang konsultan perniagaan, yang mampu menganalisa mengapa perniagaan beliau gagal, dan seterusnya memberi tips untuk pulih semula.

Antara tips menarik yang dinukilkan ialah 6 kunci kekayaan. Kunci-kunci tersebut adalah seperti berikut;

a) Mempunyai satu usaha yang mendatangkan wang

b) Kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan

c) Menggandakan wang kita melalui pelaburan yang bersih dan menguntungkan

d) Tunaikan hak-hak mereka yang berhak – bayar zakat, gembirakan orang tua, tolong kaum kerabat, bersedekah, infaq dan amal jariah.

e) Jangan berhutang dan jangan beri hutang

f) Berdoa, bertaqwa dan bertawakkal

Banyak lagi tips-tips berguna dalam buku tersebut, semoga 6 kunci kekayaan yang dicatatkan mampu menjadi titik tolak untuk kita mencapai kebebasan kewangan, insyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s