Monthly Archives: November 2009

Kelebihan Beramal di Bulan Zulhijjah

Salam,

Kita telahpun berada di dalam bulan Zulhijjah, bulan yang difardukan amalan Haji di dalamnya. Bulan ini merupakan bulan yang dianjurkan kita beramal sebanyak mungkin, samada bagi mereka yang menunaikan Haji ataupun tidak.

Mari kita sama-sama renung dan cuba amalkan amalan-amalan berikut sepertimana yang termaktub dalam laman web Mufti Negeri Terengganu (link)

KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH SEPULUH HARI PERTAMA.

Segala kepujian dan kesyukuran ditujukan kepada Allah Ta’ala, Salawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad ‘Alaihis Solatu was Salam dan buat keluarga dan Sahabat Baginda.
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.
Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.

Continue reading

Taklimat Karier Sebagai Perunding Saham Amanah

Salam,

 

Berita baik untuk yang

  • masih menganggur, sedang mencari-cari pekerjaan/jawatan kosong
  • sudah bekerja tapi ingin menambahkan pendapatan
  • ingin memiliki karier yang fleksibel, bukan 8 pagi-5 petang rutin harian
  • sedang belajar dan perlu mencari wang tambahan untuk menampung perbelanjaan
  • ingin mencapai ‘financial freedom‘/kebebasan kewangan
  • ingin memiliki agensi perniagaan sendiri dengan modal paling minima
  • pekerjaan berlandaskan syariah Islam

Satu program penerangan Grand Business Opportunity Seminar tentang karier sebagai perunding saham amanah atau ‘unit trust consultant‘ ini akan diadakan seperti berikut;

a) Tarikh: 20 November, 2009 Jumaat

b) Tempat: MS Garden Hotel, Kuantan Pahang

c) Masa: 7.45malam

d) Penceramah Jemputan: Dua orang Group Agency Manager

e) Kelayakan minima: Berumur 21 tahun ke atas, memiliki sijil SPM keatas, mempunyai keinginan tinggi untuk belajar dan mencapai cita-cita peribadi.

Hubungi saya di 019-985 5546 atau email nafandi@gmail.com untuk menempah tempat anda sekarang.

US Stocks at 13-month Closing Highs

Salam,

US market is going higher!

NEW YORK (Reuters) – U.S. stocks rose broadly on Monday, sending indexes to fresh 13-month closing highs, after Federal Reserve Chairman Ben Bernanke reinforced expectations that interest rates would stay low to spur growth.

Bernanke repeated that the Fed was likely to keep interest rates exceptionally low for “an extended period,” a pledge that weighed on the U.S. dollar and drove investors to snap up shares of natural resource companies as prices of global commodities — from gold to wheat — shot higher.

In a speech before the Economic Club of New York, Bernanke said the recovery would not be as robust as previously hoped, and rising unemployment and tight bank lending were significant headwinds.

Continue reading

Lambaian Haji

Salam,

mecca

Lambaian haji sudah tiba lagi, jutaan umat Islam dari seluruh dunia akan mengerjakan fardu haji pada tahun ini, yang melengkapkan rukun Islam untuk setiap individu muslim.

Tahun ini antara yang menjadi tetamu Allah adalah kawan saya, yang dua tahun lebih tua daripada saya bersama ibunya. Beliau sudahpun selamat tiba di bumi Mekah.

InsyaAllah kedua orang mertua saya juga akan berangkat pada minggu depan untuk mengerjakan fardu haji.

Dalil wajib haji dinyatakan dalam Al-Quran melalui Surah Ali Imran ayat 97 yang bermaksud;

Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

Continue reading