Lambaian Haji


Salam,

mecca

Lambaian haji sudah tiba lagi, jutaan umat Islam dari seluruh dunia akan mengerjakan fardu haji pada tahun ini, yang melengkapkan rukun Islam untuk setiap individu muslim.

Tahun ini antara yang menjadi tetamu Allah adalah kawan saya, yang dua tahun lebih tua daripada saya bersama ibunya. Beliau sudahpun selamat tiba di bumi Mekah.

InsyaAllah kedua orang mertua saya juga akan berangkat pada minggu depan untuk mengerjakan fardu haji.

Dalil wajib haji dinyatakan dalam Al-Quran melalui Surah Ali Imran ayat 97 yang bermaksud;

Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

BAGAIMANA PROSEDUR UNTUK MENGERJAKAN HAJI?

Pengurusan mengerjakan fardu haji di Malaysia dikendalikan oleh agensi kerajaan iaitu Tabung Haji. Langkah pertama yang perlu diambil ialah mendaftarkan diri di Tabung Haji.

Anda perlu membuka akaun Tabung Haji dan menyimpan sekurang-kurangnya RM1,300. Wang ini tidak boleh dikeluarkan lagi setelah pendaftaran dibuat.

Pengalaman penulis yang baru mendaftar baru-baru ini bersama isteri, mengikut giliran tahun 2028 baru berpeluang menunaikan fardu Haji di Mekah! Lagi 19 tahun!

Bagi pemilik akaun Tabung Haji yang telah mempunyai simpanan melebihi RM1,300, pendaftaran boleh juga dibuat melalui internet (rujuk sini)

Setelah tabungan anda memenuhi kuota yang ditetapkan dan anda sudah dipanggil oleh Tabung Haji, biasanya kursus panduan mengerjakan haji akan diadakan di kawasan anda.

SIMPANAN UNTUK MERGERJAKAN HAJI

Anda boleh berterusan menyimpan dalam akaun Tabung Haji, samada melalui potongan gaji ataupun melalui kaunter. Tabung Haji juga sudah mempunyai kerjasama dengan bank-bank tempatan untuk untuk urusan simpanan dan pengeluaran. Sila rujuk kepada bank-bank anda samada perkhidmatan tersebut disediakan atau tidak.

Alternatifnya, orang Islam boleh juga memilih pelan pelaburan lain termasuk saham amanah Public Mutual (setelah mendaftar dengan Tabung Haji. Dengan pelbagai dana Islamik yang disediakan,  pelabur berpeluang mendapat pulangan lebih tinggi daripada simpanan di akaun simpanan biasa, akaun simpanan tetap ataupun Tabung Haji.

Pengalaman seorang pelanggan yang mendapat keuntungan 44% dalam masa dua tahun beberapa tahun lepas menunjukkan potensi saham amanah yang mampu memberi pulangan tinggi. Penulis sendiri melabur wang akaun 1 KWSP pada bulan 1 dan 4 tahun ini, sudah mendapat pulangan semasa sekitar 20%.

Pelaburan boleh dibuat melalui potongan akaun bank ataupun kaunter. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi penulis di 019-985 5546 untuk memulakan pelaburan dalam saham amanah.

KESIMPULAN

  1. Menunaikan fardu haji di Mekah adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang berkemampuan.
  2. Bersegeralah mendaftar melalui Tabung Haji bagi memastikan kita tersenarai dalam ‘queue’ untuk menunaikan haji.
  3. Bersegeralah memulakan simpanan untuk mencukupkan perbelanjaan mengerjakan haji samada di Tabung Haji ataupun dalam saham amanah.
  4. Rujukan; Tabung Haji, Info Haji & Qurban

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s