Hukum Sambutan Tahun Baru Masihi


Salam,

Kita berada di ambang tahun baru 2010. Tahun 2009 akan ditinggalkan dengan seribu kenangan, yang termaktub sudah dalam lipatan sejarah.

Saban tahun sambutan tahun baru menjadi satu agenda besar samada di peringkat negara ataupun masyarakat. Soalnya, apakah hukum menyambut tahun baru masihi?

HUKUM SAMBUTAN TAHUN BARU MASIHI

Ustaz Zaharuddin menyatakan hukumnya adalah HARUS secara bersyarat, iaitu;

a) Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.

b) Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat

c) Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam.

d) Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’ – anjurkan majlis ilmu.

Baca pandangan penuh Ustaz Zaharuddin di sini.

Namun hakikat hari ini sambutan tahun baru tidak lengkap kalau tiada konsert-konsert hiburan, samada di kaca TV ataupun di tempat sambutan tahun baru. Justeru itu ia lebih membawa keburukan apabila berlakunya pergaulan bebas, ada yang mabuk dan bertindak liar merosakkan harta benda awam serta mengancam petugas-petugas keselamatan yang berkawal. Peristiwa sambutan Krismas di Pulau Pinang baru-baru ini menjadi contoh terdekat apabila kereta-kereta disembur dengan ‘spray’ dan petugas-petugas keselamatan ada yang dipukul.

Sehubungan itu, lebih baik kita mengelakkan diri daripada terlibat dalam sambutan tahun baru yang diketahui bercampur aduk dengan program-program maksiat.

SAMBUTAN YANG POSITIF

Sebagaimana syarikat-syarikat dimestikan membuat penyata kewangan untuk setiap tahun kewangan masing-masing, penutup 2009 menjadi satu titik terbaik untuk kita muhasabah dan menganalisa pencapaian sebenar untuk sepanjang 2009.

Post-mortem diperlukan untuk mengetahui di mana kita berada dan ke mana tujuan kita seterusnya.

Saudara Amin Idris, dalam laman webnya Magnet Diri menyatakan beberapa langkah untuk membuat post-mortem seperti berikut;

a) Merujuk kembali kepada matlamat atau azam 2009

b) Merujuk perancangan untuk mencapai matlamat tersebut

c) Perancangan dilaksana

d) Perancangan tertangguh

e) Sebab tertangguh dan idea mengatasinya

Nah, setelah selesai membuat analisis, kita sudah bersedia untuk membuat matlamat 2010, beserta perancangannya.

MATLAMAT 2010 YANG ‘SMART’

Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusuf dalam buku mereka, Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah memberi tip ‘SMART’ untuk menghasilkan matlamat yang berkesan;

a) S: Spesifik, A: Anggar

Memperincikan matlamat dan mampu diukur. Contohnya menabung 10% pendapatan bulanan setiap bulan. Jadi kalau pendapatan RM4,000, jumlah tabungan bulanan ialah RM400, yang mana selama setahun akan menghasilkan jumlah keseluruhan RM4,800!

b) M: Menarik

Matlamat yang mampu membakar semangat anda. Matlamat tersebut mesti mempunyai kebaikan untuk diri anda, keluarga dan masyarakat. Ia juga sepatutnya mampu membangkitkan perasaan ghairah untuk mencapainya. Contoh, untuk meningkatkan pendapatan bulanan sehingga RM7,000 sebulan! Ataupun untuk ‘score’ 12A dalam peperiksaan SPM 2010! Menarik bukan?

c) R: Ransang dan regang

Matlamat tersebut mampu mencabar kemampuan anda. Contoh, untuk mendapatkan ‘passive income’ RM5,000 sebulan, merangsang dan mencabar kan?

Bill Gates bermula dengan menetapkan matlamat ‘sebuah komputer di atas setiap meja, di dalam setiap rumah’!

d) T: Tulis

Matlamat perlu direalisasikan daripada ruang pemikiran kita ke atas kertas!

Kajian di Universiti Yale pada tahun 1953, hanya 3% pelajar menulis matlamat mereka, sementara 97% tidak menulisnya. Kajian susulan 20 tahun kemudian mendapati pendapatan keseluruhan 3% pelajar yang menulis matlamat adalah lebih besar berbanding pendapatan keseluruhan 97% yang tidak menulis matlamat! Hebat sekali kesan menulis matlamat yang jelas bukan?

Kesimpulannya, marilah kita muhasabah diri dan merencanakan matlamat yang ingin dicapai sepanjang 2010 nanti. Itu yang lebih penting berbanding berpusu-pusu menanti detik 2010 yang bercampur gaul dengan sambutan ala orang-orang barat.

One response to “Hukum Sambutan Tahun Baru Masihi

  1. Waktu berlalu, detik berganti, hari beralih, usia berkurang. Berguguranlah sudah setakar dedaun kering kehidupan, kini bergantilah masa depan yang semakin mendekati kematian. Tanpa perlu lagi menjerit memuliakan, membakar hingar yang sebenarnya tak patut dianggap raya, apalagi dipestai lagi di hura-hurakan. Tanpa harus mejadikannya penting, sesungguhnya peralihan demi peralihan tak perlu lagi kiranya dinikmati memakai warna-warni ledakan gempita dengan asap yang meninggi. http://themiphz.wordpress.com/2010/01/01/di-beri-maksud-yang-membumi/ Cukuplah ditandai saja, lalu diberi maksud yang membumi, diberi alasan yang mendasar, bahwa hari ini harus lebih baik dari kemarin, cukup.😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s