MAAKL Takaful iPlus – underwritten by MAA Takaful


Salam,

MAAKL Takaful iPlus Semasa mengunjungi cawangan MAA Takaful di Kuantan tempohari, ternampak ‘brochure’ MAAKL  Takaful iPlus, yang ditawarkan kepada pelabur saham amanah MAAKL Mutual.

Apa yang menariknya pelan ini? Sebelum menjawab persoalan itu, saya ingin berkongsi ilmu yang  saya dapat dalam buku tulisan Sunthara Segar, yang memetik prinsip kewangan iaitu buy term, invest the  difference.’

Secara ringkasnya, prinsip ini menyebut kita perlu mengambil polisi takaful untuk perlindungan semata-mata, bukan untuk pelaburan. Ini membolehkan bayaran caruman yang lebih rendah, berbanding pelan perlindungan dan pelaburan. Wang selebihnya perlu dilaburkan dalam pelan pelaburan untuk menjana pulangan yang lebih tinggi.

PELAN TAKAFUL BERTEMPOH

Contoh; pelan takaful yang menggabungkan perlindungan dan pelaburan biasanya dikenakan bayaran bulanan minima RM50 atau RM600 setahun.

Tapi dengan pelan MAAKL Takaful iPlus ini, anda mampu mendapat perlindungan pelan takaful bertempoh sebanyak RM50,000 untuk kematian, hilang upaya keseluruhan kekal, hilang upaya separa kekal akibat semua punca dengan perbandingan jumlah bulanan sebanyak RM5.20 atau RM62 setahun. Untuk perlindungan RM200,000 pula, anda hanya perlu membayar sebanyak RM248 setahun atau RM20.70 sebulan. Jadi jelas di sini ia lebih mampu milik terutama bagi mereka yang baru bekerja ataupun yang suka memilih untuk melabur terus wang lebihan dalam produk pelaburan seperti saham amanah.

RINGKASAN PERLINDUNGAN SEPINTAS LALU

1. Sijil ini memberi bayaran tunai sekali gus untuk Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal (HUKK) untuk

sebarang punca.
2. Ia membayar  pampasan  berganda untuk  Kematian  Kemalangan  atau  Hilang  Upaya  Keseluruhan  &  Kekal
(HUKK) – terpakai untuk Pelan 1, 2 dan 3 sahaja.

3. Ia membayar peratusan  jumlah dilindungi mengikut skala  faedah untuk Hilang Upaya Separa Kekal  (HUSK)

akibat sebarang punca – terpakai untuk Pelan 1, 2 & 3 sahaja.

4. Ia memberi bayaran tunai sekali gus apabila didiagnosis mana-mana satu 36 Penyakit Kritikal – terpakai untuk

Pelan 1 & 2 sahaja.

5. Menyediakan Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.

6. Menyediakan perlindungan kewangan maksimum pada kadar caruman kumpulan yang lebih rendah.

7. Kadar bayaran caruman yang sama untuk semua tanpa mengira umur atau jantina.

8. Mudah  dipohon,  tiada  pemeriksaan  perubatan  diperlukan  sehingga  usia  45  tahun  dengan  jumlah  yang

dilindungi sehingga RM 100,000.

9. Pembaharuan sehingga umur 65 tahun. Walau bagaimanapun, individu yang dilindungi diberi pilihan untuk

melanjutkan  sijil  takaful  sehingga  usia  70  tahun.  Perakuan  Kesihatan  tahunan  mungkin  diperlukan  ketika

pembaharuan selepas usia 65 tahun.

10. Bayaran pampasan akan dibuat bersama-sama dengan pelan Takaful lain yang anda miliki.

11. Kadar caruman berasaskan hayat “standard”.

12. Pembayaran caruman dikecualikan dari cukai.

13. Sijil ini diperbaharui secara tahunan. Caruman tertakluk kepada perubahan pada ulangtahun sijil .

14. Hanya pemegang-pemegang unit MAAKL Mutual yang berumur di antara 18 hingga 59 tahun (hari lahir terakhir)

adalah layak untuk memohon.

‘Download brochure’ penuh di sini.MAAKL Takaful iPlus

2 responses to “MAAKL Takaful iPlus – underwritten by MAA Takaful

  1. Terima kasih kerana memetik buku saya, prinsip “buy term and invest the difference” kena tengok profile pembeli, jika dapat cari kos perlindungan yang paling murah, tidak ada masalah underwriting dan BERDISIPLIN melabur maka ianya padan. Jika tidak berdisiplin elok guna strategi lain di mana ambil perlindungan di samping melabur dengan pengeluaran bersyarat. Boleh preview buku-buku kewangan holistik saya di sini:
    http://www.suntharasegar.com/buku/cara-beli-buku.html

  2. Seperkara lagi tak silap saya produk yang dibincangkan di atas berasaskan underwriting secara berkumpulan (group) dan syarat untuk inforce ialah mesti ada pelaburan dalam unit amanah setara RM1,000 minima. Jadi jika syarat tidak dipenuhi, sijil akan terbatal. Jika polisi group tiba-tiba di matikan atas sebab-sebab tertentu maka pemilik polisi hilang kesemua perlindungan. Lagipun polisi group tidak fleksibel untuk perancangan pusaka contohnya ia tidak boleh “di-assign”. Jadi pilihan kena berhati-hati, pertimbangkan perancangan jangkapanjang dan risiko, ilmunya ada dalam koleksi buku-buku kewangan saya
    http://www.suntharasegar.com/buku/cara-beli-buku.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s