Cinta dan Hari Valentine


Salam,

“Saya sangat cintakan kamu”.

Ungkapan biasa bagi mereka yang sedang asyik dilamun cinta!  Apakah takrif cinta?

Wikipedia mentakrifkan cinta (love) sebagai  ‘Love is any of a number of emotions related to a sense of strong affection[1] and attachment‘.

Jadi cinta berpaksikan emosi-emosi yang berkaitan dengan perasaan suka, sayang dan ingin sentiasa berdekatan.

Setiap 14 Februari, diseluruh dunia ramai orang yang meraikan Hari Valentine, atau Hari Kekasih. Apakah pandangan Islam terhadap perayaan ini? Apakah ianya dibolehkan atau tidak?

PANDANGAN ISLAM

Ustaz Zaharuddin dalam laman web beliau beliau berpandangan yang HARAM untuk orang Islam meraikan Hari Valentine, mengucap Selamat Hari Valentine, memberi atau menjual bunga dan terlibat dalam majlis perayaan Valentine.  Ini disebabkan ianya merupakan sambutan yang berasal daripada tradisi kaum Rom sebelum kewujudan agama Kristian lagi, dan juga mengandungi elemen-elemen pergaulan dan perhubungan bebas yang dilarang oleh Islam.

Kesimpulan-kesimpulan beliau;

1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitri dan Idil Adha. Nabi SAW bersabda :

(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)

Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita” ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)

Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.

2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma’ (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)

3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :

“Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri.” (Riwayat Bukhari).

4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara’ kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan’ dan dengan perlakuan seks bebas yang kononnya bagi membuktikan ‘ketulenan’ cinta seseorang kepada kekasihnya.

5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya.

6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : “Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan”

7) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Vlentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.

Justeru itu. sewajarnya umat  Islam terutama para remaja menjauhi perayaan kaum bukan Islam ini yang boleh menyebabkan kesan-kesan yang amat buruk. Terdapat artikel dalam akhbar online baru-baru ini yang mendedahkan ada pelajar yang menggesa pelajar-pelajar perempuan untuk tidak memakai seluar dalam semasa hari tersebut! Apakah tujuannya? Di situ sudah menggambarkan betapa perayaan ini amatlah bertentangan sekali dengan budaya Islam.

CINTA DALAM ISLAM

Sebaiknya, para remaja tumpukanlah sepenuh perhatian dan usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran ketika muda, dan tumpahkan kasih sayang, cinta, kesanggupan merenangi lautan api dan seumpamanya, hanya setelah terjalin hubungan suci setelah diakadkan.

Sebelum itu, jauhilah cinta murahan yang tidak berpaksikan keimanan dan luhur-luhur Islam, kerana mahal harganya yang perlu dibayar setelah kecundang dibelai bisikan nafsu dan syaitan.

Bacaan yang berkaitan: Remaja Islam Dikepung Budaya Kufur oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM, YADIM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s