QURAN TERJEMAH PER KATA ASBABUN NUZUL + TAFSIR


Salam,

Alhamdulillah dengan izin Allah saya telah selamat menerima senaskah Qur’an Per Kata dengan Asbabun Nuzul dan Terjemah pada 6 April 2010, setelah membuat pembelian melalui laman web www.bacaquran2u.com.

Pembayaran melalui mesin ’cash deposit’ di Maybank Pekan pada pagi Isnin 5 April membolehkan penerimaan pada hari berikutnya mengunakan perkhidmatan ABX Express (saya dimaklumkan pengirimnya perkhidmatan ini agak mahal untuk sampai ke pekan terpencil ini).

PERASAAN SAYA

Segala puji untuk Allah s.w.t yang telah menggerakkan pintu hati Dr. Ahmad Hatta, MA. dan Maghfirah Pustaka untuk menerbitkan karya Tafsir Qur’an yang sungguh bermakna ini.

Dibesarkan dalam keluarga Islam, saya dihantar untuk mengaji Muqaddam dan Al-Qur’an dengan dua guru Al-Qur’an di kampung saya, ditambah lagi dengan pendidikan rasmi oleh para ustaz dan ustazah di sekolah rendah dan menengah.

Membaca Al-Quran tanpa pemahaman mengurangkan rasa dekat dan nikmat kepada si pembaca. Walaupun membaca Al-Qur’an itu sendiri sudah dijanjikan ganjaran pahala oleh Allah swt., pemahaman terhadap isi ayat-ayat Al-Qur’an yang dibaca akan menambahkan lagi rasa asyik dan memberi pengajaran langsung kepada kita untuk mengambil iktibar dari wahyu-wahyu Allah yang termaktub didalam Al-Qur’an.

Naskah Tafsir Qur’an susunan H. Zainuddin Hamidy dan Fachruddin S, terbitan Klang Book Centre mengisi kekosongan ruang pemahaman isi-isi Al-Qur’an sehingga munculnya Qur’an Per Kata. Naskah tersebut dibeli semasa saya belajar di MRSM Kerteh, Terengganu pada tahun 1990, dan ia masih kekal bersama saya hingga ke hari ini.

PERKONGSIAN RASA

Sebaik sahaja menerima naskah di atas, saya terus menunjukkan kepada seorang rakan sekerja, yang turut menunjukkan minat untuk mendapatkannya. Seorang lagi rakan turut berminat, dan alhamdulillah masing-masing telah menerima naskah mereka pada hari Jumaat 9 April.

Isteri saya turut terkesan dengan kebaikan naskah ini, dan penyudahnya empat rakan sekerja isteri turut menempahnya. Seorang daripada mereka ingin menghadiahkan kepada ibu dan seorang lagi ingin menjadikan naskah tersebut sebagai salah satu daripada hantaran untuk perkahwinan anaknya nanti.

Kebaikan perlu disebar dan dikongsi, sehubungan itu saya dan isteri telah menempah 2 naskah lagi untuk diberikan kepada ayah dan mertua saya, yang insyaAllah akan diberi apabila pulang ke kampung pada penghujung minggu depan.

PEMBELIAN SECARA ’ONLINE’

Memandangkan urusan pembelian melalui mesin ’cash deposit’ memerlukan saya pergi ke bank berkaitan setiap kali mahu membuat pembelian, saya telah mengaktifkan perkhidmatan Maybank2u untuk urusan pembelian secara ‘online fund transfer’. Ia sungguh mudah dan cepat.

Kita perlu berikan alamat penghantaran, yang sebaik-baiknya tempat kita sentiasa ada, seperti di tempat kerja. Penggunaan Pos Laju membolehkan ia sampai dalam masa 1-3 hari sahaja.

Naskah ini disertakan dengan beg percuma yang menarik untuk simpanan dan juga membawa naskah ini ke mana-mana.

AKHIR KATA

Saya berpendapat naskah Qur’an Per Kata dengan Asbabun Nuzul dan Terjemah ini perlu dimiliki oleh umat Islam untuk membantu kita menghayati maksud ayat-ayat Al-Qur’an sebaik mungkin.

Walaupun ada rakan FB mengingatkan yang berguru lebih afdal untuk mempelajari ilmu tafsir (memang benar!), setidak-tidaknya kita mampu membaca dan memahami makna setiap kali membacanya semasa berseorangan atau bersama keluarga.

Dapatkan naskah anda di www.bacaquran2u.com., semoga cahaya Al-Qur’an menyinari ruang hidup kita sekeluarga, dan jadikanlah ia hadiah yang bermakna untuk insan yang kita kasihi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s