Monthly Archives: May 2010

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum,

“Abah, Aisyah nak beli hadiah untuk cikgu Aisyah”, ujar anakku yang belajar di Tadika Amal, berumur 5 tahun.

Sebelum itu dia telah memerhati hadiah yang telah dibeli oleh isteriku untuk pertukaran sesama guru di sekolah nanti.

Di sekolah beliau, setiap guru dikehendaki membeli apa-apa hadiah bernilai dalam RM20, akan dikumpulkan dan dibuat cabutan ala cabutan bertuah. Itulah di antara aktiviti tahunan bagi sambutan Hari Guru di sekolah tempat isteriku mengajar.

Anak sulungku pun telah membeli hadiah untuk guru kelasnya. Ia dibalut cantik, dengan riben merah menambah seri.

Akhirnya kami membeli juga hadiah untuk guru tadika Aisyah, yang diiringi tangisan kerana dia tidak bersetuju untuk membeli hadiah barangan plastik, sebaliknya mahukan barangan kaca!

Continue reading

Maher Zain – Open Your Eyes

Assalamualaikum,

Just superb nasyid by Maher Zain!

Continue reading

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama, saya menjenguk kembali laman Darussyifa’ Online di sini http://www.darussyifa.org/, dan menemui artikel yang menarik, berkenaan mengatasi masalah anak-anak yang nakal, degil dan suka melawan cakap ibu bapa.

Penulis, Ibnuumar Asseluluni, menggariskan dua kaedah untuk mengubati anak-anak yang bermasalah, dan yang penting langkah pencegahan oleh ibu bapa itu sendiri ketika mengadakan hubungan kelamin, untuk memastikan syaitan tidak mengganggu anak yang bakal dilahirkan, iaitu dengan berdoa.

Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

Continue reading