Selamat Hari Guru


Assalamualaikum,

“Abah, Aisyah nak beli hadiah untuk cikgu Aisyah”, ujar anakku yang belajar di Tadika Amal, berumur 5 tahun.

Sebelum itu dia telah memerhati hadiah yang telah dibeli oleh isteriku untuk pertukaran sesama guru di sekolah nanti.

Di sekolah beliau, setiap guru dikehendaki membeli apa-apa hadiah bernilai dalam RM20, akan dikumpulkan dan dibuat cabutan ala cabutan bertuah. Itulah di antara aktiviti tahunan bagi sambutan Hari Guru di sekolah tempat isteriku mengajar.

Anak sulungku pun telah membeli hadiah untuk guru kelasnya. Ia dibalut cantik, dengan riben merah menambah seri.

Akhirnya kami membeli juga hadiah untuk guru tadika Aisyah, yang diiringi tangisan kerana dia tidak bersetuju untuk membeli hadiah barangan plastik, sebaliknya mahukan barangan kaca!

JASA GURU

Guru Pembina Negara Bangsa, begitulah tema sambutan Hari Guru 2010.

Tepat sekali.

Para guru, jasa kalian terlalu besar baik untuk diriku mahupun negara tercinta.

Guru-guru Al-Quran mengajarku membaca Al-Quran dengan betul, samada di kampung ataupun semasa di sekolah.

Guru –guru tadika memberi pendedahan awal kepada ABC, 123, Alif Ba Ta, mewarna,  yang seterusnya digilap lagi dengan ilmu-ilmu lanjutan di SK Sri Suria 1, MRSM Kerteh, MRSM Taiping, Grantham College dan University of Warwick.

Namun dua guru terbesar dalam hidupku sudah pasti kedua ibubapaku, yang mencorak perjalanan hidup semenjak dilahirkan sehingga kini.

Kini ibu sudah pergi meninggalkan alam fana, namun untuk kesemuanya daku memanjatkan doa kepada Ilahi agar segala jasa baik guru-guruku dibalas Allah swt dengan memberikan mereka kebahagian di dunia dan akhirat.

Amin.

Kalian telah menyampaikan ilmu yang memungkinkan diriku berdikari hingga ke hari ini, samada ilmu fardu kifayah ataupun ilmu fardu ain.

Jasa kalian akan dikenang hingga ke akhir waktu!

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s