Buku-Buku Galeri Ilmu di Stormreaders!


Salam,

Klik imej untuk ke laman e-store Stormreaders (Gunakan Internet Explorer)

Menjadi ahli Stormreaders adalah antara keputusan terbaik yang saya buat pada tahun ini. Informasi awal daripada majalah SOLUSI menemukan saya dengan seorang ahli di Kuantan yang telah mendaftarkan saya untuk menjadi Pengedar.

Matlamat utama saya menjadi ahli ialah untuk membeli buku-buku yang saya akan hadiahkan kepada pelanggan ‘unit trust’ saya, dan juga untuk pembelian peribadi.

Buku-buku terbitan Telaga Biru sudah cukup bermutu, namun tidak dinafikan buku-buku terbitan syarikat lain seperti Galeri Ilmu dan PTS juga menawarkan pilihan yang pelbagai dan bermutu tinggi.

GALERI ILMU

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, seorang ustaz profesional, penulis, motivator dan penceramah terkenal menggunakan Galeri Ilmu sebagai penerbit buku-buku beliau.

Laman web beliau, saifulislam.com sentiasa menjadi persinggahan saya untuk membaca artikel-artikel terkini yang penuh dengan kisah-kisah perjalanan hidup yang begitu bermakna untuk dikongsi dan dititip ilmunya, yang diolah dengan gaya penulisan yang segar, hidup dan menghiburkan.

Dengan tersenarainya buku-buku beliau di Stormreaders, sudah tentu langkah pertama saya adalah untuk mendapatkan hasil-hasil karya beliau yang belum dibeli!

Buku-buku hasil karya penulis-penulis hebat lain seperti Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, Hilal Asyraf, Ustaz Amaluddin Mohd Napiah dan Ustaz Pahrol Mohd Juoi turut ditawarkan.

Saya percaya lebih banyak buku-buku Galeri Ilmu akan disenaraikan dari semasa ke semasa.

Sekarang saya berdoa agar buku-buku terbitan PTS juga akan disenaraikan nanti di Stormreaders!

LANGKAH SETERUSNYA

a. Untuk mendapatkan buku-buku secara online, anda boleh terus membeli di e-store Stormreaders. Taip GB pada ruangan ‘Search’ untuk melihat senarai buku-buku terbitan Galeri Ilmu.

b. Untuk membeli pada harga diskaun, anda perlu menjadi ahli di sini.

c. Untuk membeli pada harga diskaun dan menjadi pengedar, anda perlu mendaftar di sini.

Saya percaya anda akan mendapat banyak kebaikan insyaAllah, dengan membaca buku-buku bermutu terbitan Telaga Biru dan juga Galeri Ilmu.

Dapatkan dengan harga diskaun melalui keahlian Stormreaders sekarang juga!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s