Monthly Archives: August 2010

Kelantan lancar matawang syariah dinar, dirham

Salam,

A huge step towards Islamic monetary glory days!

Salmah Mat Husain-Harakahdaily.

KOTA BHARU, 12 Ogos: Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, hari ini di di bawah kepemimpinan ulama sekali lagi dicetus sejarah apabila melancar pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan.

Majlis bersejarah itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC).

Continue reading

Al-Fatihah Di Atas Pemergian Almarhum Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad

Salam,

Ketika melayari ruang ‘RSS feed’ dalam blog saya, kedua-dua laman web Ustaz Nasharudin Tantawi dan Saifulislam.com memuatkan ‘breaking news’ tentang pemergian ke hadrat Ilahi Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad, seorang tokoh ilmuwan terkemuka di rantau ini pada usia 88 tahun pada tanggal 2 Ramadhan 1431H bersamaan 12 Ogos 2010

Continue reading

Jadual Berbuka Puasa dan Bersahur Negeri Pahang 2010

Salam Ramadhan,

Malam ini deru rahmat bulan Ramadhan akan menyapa kita insyaAllah, semoga kita tetapkan keazaman  bermula daripada malam ini untuk berpuasa selama sebulan dengan sebaik mungkin, dan menghidupkan malam setidak-tidaknya dengan menunaikan solat tarawih.

Semoga jadual bersahur dan berbuka di atas untuk umat Islam di Pahang akan membantu kita untuk mempercepatkan berbuka dan melewatkan sahur, sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang maksudnya;

Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan”.

Selamat Menyambut Ramadhan 2010

Salam,

Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan akan tiba lagi, menawarkan pelbagai bonus untuk umat Islam dalam misi mendapatkan keredhaan Allah dan sifat ketaqwaan yang jitu.

Persiapan penting sebelum kita berpuasa ialah memastikan puasa dan amalan-amalan kita betul-betul mengikut syariat Allah s.w.t, sebagaimana yang digariskan di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.

Continue reading

KLIFF Islamic Finance Awards 2010 – The Winner

Salam,

Anugerah adalah pengiktirafan sesuatu produk itu benar-benar cemerlang di dalam kelasnya, best among the best!

Begitu juga dalam industri takaful, ia turut diraikan dalam KLIFF Islamic Finance Awards 2010 yang diadakan baru-baru ini.

Continue reading

Johan Qari Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2008

Salam,

Baru sahaja saya ‘post’ berkenaan Johan Qari Tilawah Al-Quran 2010, yang disandang oleh Hani Abdel Aziz Ahmed dari Mesir.

Namun dalam proses pencarian video bacaan beliau di YouTube.com, terpandang juga video johan Qari bagi tahun 2008, iaitu Tuan Haji Mu’min Mubarok (Indonesia).

Apabila mendengarkan bacaan beliau, saya sungguh terpegun dengan cara bacaan yang unik, suara yang bagus dan juga sebutan satu-satu semasa membaca nama-nama Allah. Sungguh unik!

Hayati pembacaan Haji Mu’min Mubarok di sini.

Qari Mesir, qariah Pakistan johan tilawah antarabangsa 2010

Salam,

Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Qari dari Mesir, Hani Abdel Aziz Ahmed yang muncul johan qari majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52, yang berakhir malam tadi.

Berita penuh daripada BERNAMA boleh dibaca di sini.