Selamat Menyambut Ramadhan 2010


Salam,

Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan akan tiba lagi, menawarkan pelbagai bonus untuk umat Islam dalam misi mendapatkan keredhaan Allah dan sifat ketaqwaan yang jitu.

Persiapan penting sebelum kita berpuasa ialah memastikan puasa dan amalan-amalan kita betul-betul mengikut syariat Allah s.w.t, sebagaimana yang digariskan di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.

Justeru itu, mari kita menambahkan ilmu tentang kelebihan Ramadhan, syariat berpuasa dan sebagainya, agar puasa kita lebih baik lagi berbanding tahun-tahun terdahulu, insyaAllah;

BAHAN-BAHAN RUJUKAN BERKENAAN PUASA RAMADHAN

a. Mustika Hadis Ramadhan daripada laman web JAKIM.

b. Syukur Ramadhan daripada laman web JAKIM, mengandungi soal jawab yang berkaitan puasa, contoh;

BIASANYA SAYA AKAN BERNIAT PUASA SETIAP MALAM SEBELUM MELAKUKAN PUASA PADA ESOK HARINYA. PADA HARI KELIMA PUASA, SAYA TIDAK PASTI SAMA ADA SAYA SUDAH NIAT PUASA ATAU TIDAK PADA MALAMNYA. SAYA TETAP PUASA PADA HARI KEENAM. PADA MALAM PUASA KEENAM, SAYA TERUS BERNIAT UNTUK BERPUASA SEBULAN. ADAKAH SAH PUASA SAYA PADA HARI KEENAM DAN SETERUSNYA? APAKAH YANG DIERTIKAN DENGAN NIAT BERPUASA ITU SENDIRI? TERIMA KASIH.
Mengikut mazhab Syafi’e niat puasa Ramadhan hendaklah dilafazkan setiap malam. Walau bagaimanapun, niat puasa untuk sebulan boleh diniatkan diawal Ramadhan iaitu bertaqlid kepada mazhab Maliki..

c. Kelebihan Ramadhan – laman web Bank islam.

d. Kuliah Ramadhan MP3.

1. Hikmah Puasa Ramadhan – Ustaz Azhar Idrus (download)

2. Tazkirah Ramadhan – Puasa Memproses Taqwa – Ustaz Hasrizal Jamil (download)

Selamat membaca, mendengar, dan beramal!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s