Al-Fatihah Di Atas Pemergian Almarhum Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad


Salam,

Ketika melayari ruang ‘RSS feed’ dalam blog saya, kedua-dua laman web Ustaz Nasharudin Tantawi dan Saifulislam.com memuatkan ‘breaking news’ tentang pemergian ke hadrat Ilahi Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad, seorang tokoh ilmuwan terkemuka di rantau ini pada usia 88 tahun pada tanggal 2 Ramadhan 1431H bersamaan 12 Ogos 2010

Saya mula mengenali beliau sekitar akhir tahun 80-an melalui buku Tafsir Al-Quran berwarna kuning yang saya beli beberapa buah. Niat di hati untuk memiliki koleksi yang lengkap, namun hingga ke hari ini tidak tercapai.

Entah bagaimana sudah tidak tersua pada pandangan saban waktu saya mengunjungi kedai-kedai buku! Namun saya amat suka membaca buku-buku Tafsir Al-Quran hasil penulisan beliau.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh beliau yang meninggalkan dunia buat selama-lamanya, namun hadiah penangan pena beliau berjumlah sekitar 1000 buah pasti menjadi warisan ilmu yang akan terus bermanfaat untuk kita semua dan beliau juga insyaAllah.

Berita-berita lain berkenaan pemergian dan kisah hidup beliau;

a. MUIS press release (pautan)

b. Kisah hidup beliau daripada kacamata Rudy Herman Sinen (pautan)

Al-Fatihah….

2 responses to “Al-Fatihah Di Atas Pemergian Almarhum Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad

  1. Ir Hj Muhamad Nor Salleh

    Alfa Tihah …….. kepada Allahyarham.Saya hanya mampu membaca buku-buku tafsiran beliau sahaja. Tahu-tahu beliau telah meninggal dunia.Saya rasa amat terkilan juga.

    Saya antara peminat buku tafsiran Allahyarham. Saya hanya mampu untuk memiliki 19 juz kita buku tafsiran beliau. Bagi tafsiran Allahyarham senang difahami jika dibandingkan dengan Buku-Buku Tafsiran Allahyarham Dr HAMKA.

    saya amat berminat untuk membeli 11 juz lagi ( i.e: JUz-Juz 13, 14,15,16,17,19,20,21,22,29 & 30).

    Bila saya tanya pemilik tokoh buku Jafarawah , tempat yang saya beli, buku-buku tafsiran terasebut, saya diberitahu bahawa . Pihak penerbit sedang menunggu kelulusan untuk dicetak dari pihak berkuasa.

    Tolong bagi tahu saya, di dapat saya memebli 11 Juz lagi tu.

    selamat berpuasa semoga puasa kita diterima oleh ALLAH sebagi amalan seorang Mukmin yang meninggal perkara-perkara yang Lagha (sia-sia).

    Amin.

    Assala LLam Mualai Kum .

    • Saya tidak mempunyai koleksi sebanyak Tuan Ir, hanya beberapa juz sahaja.

      Kalau pergi ke kedai-kedai buku memang sudah lama tidak kelihatan di pasaran.

      Mungkin Tuan Ir. boleh cuba hubungi kedai-kedai buku di Singapura, mungkin yang belum dapat kelulusan itu sudah ada di pasaran di sana.

      Sekadar cadangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s