Kehilangan buah pinggang kerana kecuaian doktor?


Assalamualaikum,

Semalam saya bertemu dengan En. Aman (bukan nama sebenar), seorang pegawai kerajaan yang berumur 55 tahun di Kuantan.

Beliau berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kad perubatan Smart Medic 100 untuk diri sendiri dan juga isteri.

Ini berikutan permohonan beliau untuk memasuki Kuantan Medical Center (KMC) menggunakan kad perubatan anggota kerajaan telah ditolak kerana masalah tunggakan bayaran pihak terbabit kepada KMC baru-baru ini.

Yang mengharukan saya ialah apabile beliau menceritakan tentang isteri beliau yang telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sebelah buah pinggang yang rosak pada tahun 2010, berikutan komplikasi dipercayai berpunca daripada penggunaan ubat ‘pain-killer’ yang berterusan dalam kuantiti yang banyak.

Isteri beliau  kerap mengalami senggugut dan kencing kotor, dan setiap kali berjumpa doktor di klinik dan hospital kerajaan, ubat yang diberi ialah ‘pain -killer’.

Keadaan bertambah teruk kerana si isteri kerap mengalami demam, dan ubat yang diberi masih sama serta antibiotik.

Kerana tidak tahan dengan berulangnya simptom yang sama, beliau membawa si isteri ke KMC dan doktor pakar memberitahu sebelah buah pinggang telah mengalami kerosakan yang teruk dan tidak dapat berfungsi dengan baik, dipercayai akibat penggunaan ‘pain-killer’. Doktor mengatakan perlu membuat pembedahan segera untuk mengelakkan jangkitan terhadap buah pinggang bersebelahan.

Ikut hati, hendak juga di saman doktor berkenaan kerana tidak menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap simptom-simpton yang berulang. Namun memandangkan kos yang kena dibayar, beliau mematikan hasratnya itu.

Pengajarannya;

a. Jika simptom yang sama berulang dalam jangkamasa yang agak panjang, dapatkan khidmat doktor pakar.

b. Untuk mengelakkan terpaksa membayar kos yang tinggi, dapatkan kad Smart Medic 100 yang mana pihak takaful akan membayar kesemua bil yang terlibat, 100%, mengikut pelan yang diambil.

c. Kad perubatan perlu diambil semasa kita masih sihat, kerana apabila telah ada penyakit, penyakit berkenaan tidak akan ditanggung oleh kad perubatan.

d. Saya dimaklumkan ciri-ciri 100% cashless admission dan juga ‘standalone’ tidak akan dipanjangkan lagi, sekiranya diambil selepas jangkamasa tertentu, jadi segeralah dapatkan kad ini sementara masa masih ada.

Hubungi 019-985 5546 untuk penerangan lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s