Assalamualaikum,
Untuk menjadi seorang perunding unit trust, seseorang itu perlu memilih syarikat pengurusan unit trust yang ingin diwakili, mengisi borang permohonan dan menghantar ke cawangan yang berdekatan.
Pemohon mestilah berumur 21 tahun ke atas dan memiliki sekurang-kurangnya kelulusan gred 3 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Data-data peribadi yang berkenaan perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.
Syarikat unit trust akan menyediakan bahan-bahan rujukan dan juga soalan-soalan percubaan. Kesemua soalan adalah objektif. Ada 60 soalan yang perlu dijawab dalam masa 2 jam. Soalan-soalan tersebut boleh dijawab samada dalam Bahasa Melayu, Inggeris ataupun Cina.
Peperiksaan adalah secara online di tempat-tempat yang telah ditetapkan. Bagi negeri Pahang, pusat peperiksaan adalah di Cosmopoint Kuantan.
Kebiasaannya peperiksaan diadakan pada hari Sabtu, dua kali sebulan dan 4-5 kali sebulan di Kuala Lumpur.Ada 3 sesi iaitu bermula jam 9 pagi, 12 tengahari dan juga 2 petang.
SILABUS PEPERIKSAAN CUTE
Berdasarkan laman web FIMM, silabus peperiksaan adalah seperti berikut;
Chapter 1 – | Understanding Unit Trusts |
Chapter 2 – | Regulation of the Unit Trust Industry |
Chapter 3 – | Servicing Clients and Marketing Unit Trusts |
Chapter 4 – | Industry Code of Ethics and Standards of Professional Conduct |
Chapter 5 – | Personal Financial Planning |
Chapter 6 – | Operations of Syariah-based Unit Trust Schemes |
Chapter 7 – | Glossary |
JADUAL PEPERIKSAAN CUTE
Tempat, tarikh dan masa peperiksaan CUTE di seluruh Malaysia boleh dirujuk dalam laman web FIMM di sini.
Seorang kawan saya mengambil masa dua malam sebelum hari peperiksaan dengan membuat soalan-soalan percubaan, dan beliau lulus setelah menjawab selama 50minit sahaja!
Anda berminat untuk menjadi seorang perunding unit trust? Sila hubungi saya untuk penerangan lanjut secara percuma di 019-985 5546.