Jadual Puasa 2011 – Kuantan, Pekan, Rompin & Muadzam Shah


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dengan izin Allah kita akan bertemu lagi dengan bulan yang mulia, bulan Ramadhan untuk tahun 1432H, bersamaan 2011 Masihi.

Di bulan Ramadhan, amalan utama setiap muslim yang bertakwa kepada Allah, sudah tentunya berpuasa selama sebulan. Orang Islam akan menjadi lebih peka tentang masa, sentiasa melihat jam terutamanya waktu berbuka puasa dan imsak!

Oleh itu, jadual puasa atau taqwim Ramadhan seeloknya dimiliki oleh setiap orang Islam sebagai rujukan, selain menunggu waktu berbuka dengan membuka radio atau mendengar azan di surau atau masjid berdekatan.

Taqwim Ramadhan yang ingin saya kongsikan di sini ialah untuk kawasan Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah sahaja. Taqwim ini saya perolehi semasa program Ijtimak Tarbawi pada malam tadi di Darul Husna.

Ma’had Tahfiz Darul Fikri yang mengeluarkan taqwim ini. Ma’had ini terletak di Kg. Seri Damai, Batu 7, Jalan Gambang, Kuantan Pahang. Mudirnya ialah Ustaz Rosli A. Jabar.

Sebenarnya Taqwim ini mempunyai gambar-gambar yang menunjukkan pembinaan asrama armalah dan hafizah. Sumbangan adalah amat dialu-alukan, yang boleh disalurkan melalui;

a. Bank Muamalat Malaysia Berhad – Ma’had Tahfiz Darul Fikri, Akaun No: 0601-0034-88572-1

b. Maybank - Amir Salam bin Abu Hasan, Akaun No: 556226106657. No tel: 019-7493022

c. Bank Islam Malaysia Berhad – Khairul Azmi bin Ismail, Akaun No: 0602-8020-0268-88. No tel: 019-9320100

Di dalam blog Ustaz Khairul, dinyatakan yang sumbangan untuk program Ifthor pelajar sebanyak RM300 sehari juga dialu-alukan.

Akhirnya, sila ‘download’ Jadual Puasa atau Taqwim Ramadhan 1432H di sini, ihsan daripada Ma’had Tahfiz Darul Fikri, Kuantan Pahang.

Jadual Puasa 2011 Pekan Kuantan

Moga Ramadhan kali ini betul-betul dapat menjana taqwa dalam diri kita semua, insyaAllah. Sesudah berbuka jangan lupa bertarawih di masjid atau surau pula, hanya di bulan Ramadhan ada solat Tarawih!

Rujukan lain;

a. Niat Puasa Ramadhan & Doa Berbuka (link)

b. Nuzul Quran & Ramadhan (link)

c. Kelebihan Beramal Pada Malam Lailatul Qadar (link)

d. Panduan Solat Tarawih (link)

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s