Monthly Archives: August 2011

Lafaz Takbir Raya dan Video

Salam Aidilfitri,

Ramadhan berlalu sudah, 1 Syawal bakal disambut dengan laungan takbir raya, solat sunat hari raya dan pelbagai lagi amalan sunnah yang digalakkan untuk kita melakukannya.

LAFAZ TAKBIR RAYA

lafaz_takbir

VIDEO TAKBIR RAYA

PANDUAN SOLAT SUNAT HARI RAYA

panduan_solat_sunat_aidilfitri

Moga Mendapat Pengampunan Allah…

Salam,

Ramadhan 1432H bakal berlalu pergi, apakah amalan-amalan kita diterima Allah swt atau tidak, apakah kita mendapat pengampunan daripada-Nya, apakah mampu kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang, apakah masih ada esok untuk kita?

Ya Allah, aku akui segala kelemahanku, Engkau ampunilah segala dosa-dosaku, dan jauhkanlah aku daripada siksaan neraka-Mu, serta redhakanlah aku untuk berpijak di dalam syurga-Mu, amin Ya Allah..

Keperihatinan Khalifah Terbilang – Saidina Umar Al Khattab

Assalamualaikum,

Isu orang Islam mendapatkan bantuan gereja atau dipujuk untuk menerima bantuan pihak bukan Islam setelah gagal mendapatkan  bantuan daripada pusat zakat, baitulmal, kebajikan masyarakat dan seumpamanya, masih berlaku hingga ke saat ini.

Apakah puncanya? Cuba renungkan kisah Saidina Umar yang selalu turun padang melihat kesusahan rakyatnya. Alangkah indahnya kalau pemimpin-pemimpin sekarang mencontohi Khalifah Umar ini.